Sedapnya andai dapat menikmati Pau Kaya Pandan yang sedap dan gebu. Jika tidak suka inti pau yang manis, boleh sahaja letak apa-apa inti ‘savoury’ yang anda gemari. Antara yang menjadi pilihan adalah inti sardin, sambal bilis, kari ayam dan juga bbq. Semuanya sedap!
Jika rajin, untuk satu adunan doh, boleh sediakan beberapa inti. Jadi bila makan, terdapat beberapa perisa yang boleh dinikmati. Best kan?
Terasa nak cuba buat Pau Kaya Pandan ni? Saudari Fierah Zulaikhaada kongsikan resipi mudah yang boleh anda cuba. Pasti berselera. Jom cuba!
1.Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali yis.
2.Sebatikan bahan dan masukkan air secukupnya.
3.Kemudian masukkan yis dan putar doh hingga adunan menjadi elastik.
4.Selepas siap adunan, timbang doh seberat 40-50g setiap satu.
5.Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
6.Masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan. Perap sekejap dalam 35 minit hingga doh kembang.
7.Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Kemudian letak doh pau tadi dan kukus selama 10-12 minit guna api sederhana besar.
8.Untuk nak tahu pau siap masak atau belum, lihat permukaan pau. Jika licin ia menunjukkan pau telah masak.
9. Keluarkan pau dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fierah Zulaikha
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official