Kuih muih tradisi jadi kesukaan ramai. Tidak kurang juga yang menyukai manisan seperti bubur ataupun pengat. Kebetulan ada pula pisang tanduk di dapur yang masak ranum, sedap juga dibuat pengat. Tambah sagu di dalamnya , pasti tak berhenti menghirup dan nikmati isinya. Jom kita buat.
PENGAT PISANG
Bahan-bahan:
5 biji pisang tanduk
3 sudu besar sagu
3 senduk kecil gula pasir
Secubit garam
1 batang kulit kayu manis- BELI ONLINE DI SINI
2 helai daun pandan
Ads
Cara memasak:
1.Rebus air dan larutkan gula bersama garam.
2.Masukkan biji sagu.
3.Masukkan daun pandan dan kulit kayu manis dan kacau hingga sagu kembang.
4.Masukkan pisang dan juga santan.
6.Kacau rata biar santan dan kuah mendidih.
7.Tutup api dan pengat sedia dihidangkan panas atau sejuk.
Agar-agar yang disimpan sejuk dalam peti sejuk sangat sedap dimakan. Kadang lepas makan hidangan berat, kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Rasanya dah ada ke senarai menu nak masak bila ramai dah berkumpul nanti. Bolehlah buat kuih dangai ni, selalu guna acuan khas buat dangai. Kali ini kita mudahkan cara dengan membakarnya di dalam acaun muffin saja. Rasanya pun sama.Boleh ikut resipi yang dikongsi olehSarimah Kadiron
DANGAI Bahan-bahan: 2 cawan kelapa putih 1 cawan tepung pulut Sedikit garam. Gula- ikut cita rasa
Cara memasak: 1.Tepung, kelapa dan garam digaul rata. 2.Sapu loyang muffin dengan sedikit minyak. Letak separuh adunan dalam Loyang 3.Kemudian taburkan gula ikut cita rasa. Tutup gula dengan adunan.Jangan padatkan adunan, sekadar letak saja. 4.Bakar sehingga keperangan dengan suhu 160 darjah ikut oven masing-masing.
Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya. Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.
KOLEKSI RESIPI PENGAT TRADISIONAL YANG SEDAP & MUDAH
1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
2. PENGAT LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.
3. PENGAT KELADI
BAHAN-BAHAN:
300gm Keladi
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.
4. PENGAT NANGKA
BAHAN-BAHAN:
6 ulas nangka yang dihiris
1 liter air
100gm gula pasir atau mengikut selera
200gm santan pekat
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira