
Ayam goreng kunyit saja memang dah sedap tapi kalau diperap dengan perapan barbeku ini lagilah sedap hasilnya.
Ramuan perapan ini diolah sendiri oleh Ana Azura dan memang jadi kegemaran keluarga. Ayam yang diperap menggunakan ramuan ini boleh saja digoreng atau dibakar, dua-dua sedap.
Cara buat perapan ayam barbeku
Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong
Bahan kisar
1 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
Sedikit ketumbar
Sediit jintan manis
1 batang serai
Bahan B
Sos tiram
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Serbuk cili(jika suka pedas)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

Cara memasak
1. Ayam dibasuh dan ditos terlebih dahulu.
2. Satukan ayam dengan bahan kisar dan juga bahan B. Gaaul sebati.
3. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap semalaman.
4. Kemudian bolehlah digoreng atau dibakar. Memang sedap hasilnya.

Kredit resipi & foto: Ana Azura
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Masak Cencaluk Simple & Sedap, Tak Perlu Banyak Bahan Pun!

Ayam Masak Cencaluk. Menu yang sangat ringkas, mudah dan sedap yang anda boleh masak sebagai sajian keluarga tercinta. Menu ini boleh tahan enaknya bahkan satu ketika dahulu, Tuanku Permaisuri Agong juga pernah berkongsi resipinya di IG Story Dato Rizalman. Nak cuba? Saudari AnieyRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MENYEDIAKAN HIDANGAN AYAM MASAK CENCALUK

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
2-3 batang serai – diketuk
1-2 biji bawang merah – dimayang
2-3 ulas bawang putih – dimayang
1 inci halia – dihiris
1 biji tomato – dibelah enam
1/2 biji bawang holland – dihiris kasar
Cili – jumlah ikut tahap kepedasan masing-masing
Daun sup – dihiris
Cencaluk secukupnya
Sedikit kicap manis
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan toskan airnya.

2. Perap ayam dengan cencaluk. Jumlah cencaluk bergantung pada selera masing-masing. Gaul rata dan biarkan selama 15-30 minit.

3. Panaskan minyak. Masukkan serai.

4. Masuk ayam yang sudah diperap. Gaul dan biarkan ayam separuh garing. Masak guna api sederhana sahaja.

5. Bila ayam sudah separuh garing, masukkan hirisan bawang merah, bawah putih dan halia. Gaul sebati dan biarkan ayam garing bersama bahan-bahan tadi.

6. Tambah sedikit air (ambik dari bekas perapan tadi) dan tuang dalam kuali.

7. Masukkan sedikit kicap manis (anggaran 2 sudu makan). Gaul lagi hingga rata.

8. Seterusnya masukkan cili dan bawang holland. Gaul lagi.

9. Masuk juga hirisan tomato.

10. Akhir sekali tambahkan hirisan daun sup. Tidak perlu tambah garam dan perasa kerana cencaluk sudah mempunyai rasa masin.

11. Ayam Masak Cencaluk siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: AnieyRohani Abu Iban
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Puan Maria Kongsi 10 Resipi Masakan India Mudah, Sedap & Wajib Cuba.

Masakan India semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Selain dari kari, terdapat banyak lagi hidangan-hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah-rempah terpilih. Istimewa buat anda, RASA kongsikan 10 resipi yang mudah dan sedap air tangan Puan Maria yang popular di page Cookings By Maria. Pendek kata, kalau cuba masak sendiri di rumah, pasti menjadi. Jom cuba. Anda pasti puas hati.
1. UPPU KOHLI VARUVAL ( AYAM MASAK CILI KERING & GARAM)

BAHAN PERAP:
- 1 ekor ayam | potong kecil
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan garam
- 3 ulas bawang putih | tumbuk
- 3m halia | tumbuk
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar | hiris
- 10 biji bawang merah | hiris
- 10 tangkai cili kering
- 3 tangkai daun kari
- 2 sudu teh jintan manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 sudu teh serbuk garam masala
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air panas | jika perlu
- Sedikit hirisan daun ketumbar | hiasan
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama bahan-bahan perap. Gaul rata dan biarkan selama 30 minit.
- Panaskan minyak dan tumis jintan manis, bunga lawang, cili kering, daun kari, hirisan bawang besar dan bawang merah hingga wangi serta sedikit kekuningan.
- Seterusnya masukkan ayam. Gaul rata dan tambahkan serbuk garam masala. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
- Tambahkan 1/2 cawan air panas. Biarkan ayam masak sepenuhnya. Tambah jumlah air jika perlu masak ayam lebih lama.
- Rasa kuah dan tambah garam dengan secukupnya. Teruskan memasak ayam hingga rempah hampir kering.
- Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika menggunakan ayam kampung, ayam boleh dimasak terlebih dahulu ( anggaran 10 minit) sebelum dimasukkan ke dalam rempah supaya cepat empuk.
2. MUGHLAI CHICKEN

BAHAN PERAP:
- 500gm ayam | potong kecil
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh garam masala
- 1/2 biji jus limau nipis
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 sudu makan mentega
- 1 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan minyak sapi | boleh gantikan dengan lebihan minyak dan mentega
- 1 keping kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun bay
- 2 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 2 sudu teh serbuk cili
- 2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1/4 sudu teh serbuk garam masala
- 15 biji badam | kisar jadi pes
- 1/4 cawan yogurt
- 3-4 sudu makan krim putar (whipping cream)
- Garam secukup rasa
- 1-2 cawan air
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bawang putih kisar, halia kisar, garam, garam masala dan jus limau nipis. Biarkan selama 30 minit.
2. Cairkan mentega bersama minyak masak. Goreng ayam tadi hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
3. Dalam kuali berlainan, panaskan minyak sapi. Jika tiada, boleh juga guna lebihan mentega untuk menggoreng ayam tadi.
4. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan daun bay hingga wangi.
5. Kemudian masukkan kisaran bawang dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
6. Tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar serta serbuk jintan putih. Masak selama 2-3 minit.
7. Tambahkan pes badam. Kacau dan setelah mendidih, masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih sekali lagi.
8. Masukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau dan bila kuah semakin pekat, masukkan krim putar dan yogurt. Biarkan mendidih selama 1-2 minit.
9. Perasakan dengan garam dengan secukupnya, garam masala dan juga daun ketumbar.
10. Tutup kuali dan biarkan mereneh seketika. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk menyediakan pes badam, rendam badam dalam air panas selama 10 minit. Buang kulit dan kisar bersama sedikit air hingga menjadi pes pekat.
3. MUTTON KEEMA

BAHAN PERAP:
- 500gm daging kambing | hiris nipis atau kisar
- 2 sudu makan serbuk kari daging
- 2-3 sudu makan garam
BAHAN-BAHAN:
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 keping kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 7 biji buah pelaga
- 3 biji bawang besar | dadu halus
- 3 ulas bawang putih & 2cm halia | tumbuk halus
- 1 biji cili hijau / cili padi
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 3 biji ubi kentang saiz sederhana | potong kiub kecil
- 3 biji tomato | potong dadu kecil
- 1 cawan kacang pis
- ¼ cawan santan pekat @ susu cair
- 6-8 biji kacang gajus | kisar dan jadikan pes
- Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 10 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bawang, cili hijau serta bawang putih dan halia yang ditumbuk. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan daging kambing yang diperap tadi. Gaul seketika dan tutup periuk. Biarkan daging masak dan empuk.
5. Seterusnya masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, ubi kentang dan daun kari. Masukkan juga separuh dari tomato.
6. Gaul semua bahan hingga sekata. Tambahkan juga garam secukupnya serta 1 cawan air panas. Tutup periuk dan biarkan sehingga ubi kentang hampir lembut.
7. Tambahkan kacang pis, santan, pes kacang gajus dan lebihan tomato tadi. Biarkan mendidih sehingga semua bahan empuk dan masak sekata.
8. Bila kuah kelihatan agak pekat, padamkan api dan hiaskan dengan daun ketumbar sebelum dinikmati.
4. CHETTINAD GHEE CHICKEN

BAHAN PERAP:
- 1/2 ekor ayam | anggaran 600gm-700gm
- 4 sudu makan yogurt
- 1/2 biji jus limau nipis
- 1/2 sudu makan garam
- 3 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan minyak sapi
- 6 tangkai cili kering
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu makan biji ketumbar
- 1/2 sudu makan lada hitam
- 1/2 sudu makan jintan manis
- 1/4 sudu makan halba
- 1/4 sudu makan jintan putih
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2cm halia
BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan minyak sapi
- 2 tangkai daun kari
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 1/2 sudu makan serbuk cili
- 2-3 sudu teh vellam (gula perang)
- Garam secukup rasa
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan-bahan perapan dan biarkan selama 2 jam atau simpan semalaman dalam peti sejuk. Lebih lama ayam diperap, lebih enak rasanya.
- Panaskan 1 sudu makan minyak sapi menggunakan api kecil. Goreng cili kering seketika. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng biji ketumbar, lada hitam, halba, bunga cengkih, jintan manis dan jintan putih hingga wangi anggaran 1 minit. Angkat dan ketepikan.
- Satukan bawang besar, bawang putih, halia dan bahan-bahan yang digoreng tadi. Tambah sedikit air dan kisar halus sehingga menjadi pes pekat.
- Panaskan 3 sudu makan minyak sapi menggunakan api sederhana. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan 1 tangkai daun kari hingga wangi.
- Masukkan ayam perap yang telah dibuang lebihan air perapannya. Tutup periuk dan biarkan ayam masak selama 12-15 minit.
- Bila ayam kelihatan kecut, masukkan pes yang dikisar tadi dan juga ½ sudu makan serbuk cili. Gaul rata dan tambahkan garam secukupnya.
- Bila kuah kelihatan makin pekat, masukkan lebihan daun kari dan gula perang. Gaul rata.
- Setelah kuah kelihatan pekat, tabut hirisan daun ketumbar dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Vellam atau gula perang adalah bahan penting dalam penyediaan hidangan ini.
5. TANNISAR SAYUR MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan dhal yang telah direbus
- 3-4 cawan sayur manis
- 3-4 sudu makan minyak masak
- 2 sudu teh kaadugutalipu
- 8 ulas bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia | hiris
- Secubit serbuk asafoetida | serbuk dari getah kering yang didapati dari akar pokok herba Ferula
- 3 tangkai cili kering / cili merah
- 3 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu teh air asam jawa
- 1/4 cawan santan pekat
- Garam secukup rasa
- 2-3 cawan air atau secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis halba campur bersama cili kering, daun kari dan serbuk asafoetida hingga wangi.
- Masukkan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 1-2 minit.
- Kemudian masukkan sayur manis. Kacau hingga sebati dan masak anggaran 3-4 minit.
- Bila sayur kelihatan lembut, masukkan kacang dhal dan air. Biarkan mendidih.
- Tambahkan serbuk kunyit, garam, serbuk jintan putih dan asam jawa. Biarkan mendidih.
- Masukkan santan. Biarkan sayur masak lagi selama 5-6 minit. Selaraskan kepekatan Tanissar ikut citarasa masing-masing.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kaadugutalipu adalah campuran rempah-rempah kering seperti biji sawi, jintan manis, jintan putih, halba dan urad dhal. Ia juga dikenali sebagai halba campur.
6. KERALA STYLE CHICKEN

BAHAN PERAPAN:
- 1 kg ayam | potong kecil
- 2 biji tomato saiz sederhana | kisar tanpa air
- 3cm halia | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
BAHAN MASALA KISAR:
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh garam masala
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu makan garam
- 1/2 sudu makan cuka
BAHAN TUMIS:
- 1 keping kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 biji hijau | hiris
- 3 tangkai cili kering
- 2 sudu makan kelapa parut
- 2 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama bahan-bahan perapan dan bahan masala kisar selama 30 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masak guna api sederhana selama 15 minit hingga air ayam keluar dan menjadi kecut. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-3 sudu makan minyak masak dan tumis kayu manis, bunga lawang, daun kari dan hirisan bawang hingga layu.
4. Masukkan cili kering dan cili hijau. Kacau lagi guna api perlahan hingga naik bau.
5. Tambahkan kelapa parut. Masak selama 1 minit.
6. Seterusnya masukkan ayam yang telah dimasak tadi bersama ½ cawan air panas.
7. Kacau dan biarkan ayam dan bahan-bahan tadi merenih bersama anggaran 5-8 minit. Perasakan dengan garam secukupnya.
8. Bila kuah kelihatan hampir kering, masukkan sedikit daun kari dan kacau hingga sebati.
9. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak menggunakan api sederhana bagi mengelakkan rempah hangus.
7. MARAVALLI KILANGU PURIYAL (MASAK UBI KAYU)

BAHAN-BAHAN:
- 800gm ubi kayu
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu teh biji sawi
- 3 tangkai cili kering
- 2 tangkai daun kari
- 1 biji bawang besar | hiris halus
- 2 ulas bawang putih | hiris halus
- 2cm halia | hiris halus
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ubi kayu dan potong menjadi saiz kecil.
- Masukkan ke dalam periuk bersama air dan 2-3 sudu teh garam. Rebus hingga ubi kayu hampir empuk. Toskan airnya.
- Hancurkan ubi kayu yang direbus tadi menggunakan garpu.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan biji sawi. Tumis seketika.
- Masukkan cili kering, daun kari, hirisan bawang, bawang putih dan halia. Tumis lagi selama 5 minit atau sehingga bawang layu.
- Kemudian masukkan ubi kayu yang telah dilenyek tadi. Tambahkan serbuk kunyit, lada sulah dan garam secukupnya. Gaul rata anggaran 6-8 minit.
- Jika ubi kayu kelihatan keras, masukkan ½ cawan air dan masak sehingga lembut.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Guna ubi kayu yang tidak terlalu tua untuk hasil yang lebih enak.
8. VEGETARIAN KURMA

BAHAN-BAHAN:
- 2-3 sudu makan minyak sapi
- 1 keping kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 2 biji bawang besar | kisar
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 1cm halia | kisar
- 1 biji cili hijau
- 6 sudu makan serbuk kurma
- 3/4 sudu makan serbuk kari daging
- 4 biji ubi kentang | potong kecil
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 tin cendawan butang | hiris
- 1 biji tomato | potong enam
- 1 tin kacang pis
- 600-700ml air
- 1/4 cawan santan pekat
- 10 biji kacang gajus | rendam air panas 10 minit dan kisar jadi pes
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan daun pudina cincang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Satukan serbuk kurma dan serbuk kari daging. Bancuhkan dengan ½ cawan air dan jadikan pes.
- Panaskan minyak sapi guna api sederhana. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih seketika.
- Tambahkan kisaran bawang, bawang putih dan halia. Tumis selama 1 minit.
- Masukkan daun kari dan cili hijau. Tumis lagi guna api sederhana selama 1-2 minit.
- Tambahkan pes campuran serbuk kurma tadi. Kacau sebati dan boleh tambah sedikit air jika perlu. Masak seketika.
- Seterusnya masukkan cendawan, ubi kentang, lobak merah, kacang pis dan separuh dari tomato.
- Tambahkan sedikit garam dan kacau hingga semua sayur bergaul dengan rempah.
- Masukkan air dan teruskan masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.
- Masukkan baki buah tomato, daun pudina dan juga sedikit daun ketumbar yang telah dicincang.
- Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Penambahan serbuk kari daging menjadikan kuah kurma jadi lebih sedap.
9. MUSHROOM GREEN PEAS BUTTER MASALA

BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 sudu makan minyak sapi
- 4 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1 tin cendawan butang | hiris
- 1 tin kecil kacang pis
- 2 biji tomato sederhana | kisar tanpa air
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- 8-10 biji kacang gajus | rendam air panas selama 10 minit dan kisar jadi pes
- 1 ½ sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh serbuk garam masala
- Garam secukup rasa
- 2-3 cawan air
- 1 sudu makan krim putar | boleh diganti dengan susu cair atau santan
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan minyak sapi. Tumis buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan bawang cincang dan tumis lagi hingga beberapa minit. Tambahkan juga halia dan bawang putih kisar. Masak hingga bawang keperangan.
- Tambahkan tomato kisar. Masak lagi hingga hampir kering.
- Seterusnya masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk garam masala. Kacau sebati dan masak menggunakan api kecil.
- Tambahkan kisaran kacang gajus. Kacau lagi sekali.
- Masukkan hirisan cendawan. Kacau dan biarkan seketika sebelum dimasukkan kacang pis.
- Masukkan air dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
- Akhir sekali, masukkan krim dan hirisan daun ketumbar. Kacau dan biarkan mereneh selama 5 minit.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sajian vegetarian yang sangat sesuai dinikmati bersama nasi, capati atau roti nan.
10. UDANG MASAK DAUN KARI DAN KERISIK KELAPA

BAHAN PERAPAN:
- 500gm udang
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN:
- 3 sudu makan mentega atau marjerin
- 6 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji cili merah | cincang halus
- 2cm halia | hiris
- 4 tangkai daun kari
- 1/2 cawan kelapa kering
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh gula
- Garam secukup rasa
- 1/3 cawan susu cair
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan perapkan bersama serbuk kunyit dan garam selama 5-10 minit.
- Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan. Elakkan goreng udang terlalu lama bagi mengelakkan isinya liat dan kering.
- Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan tumis halia, hirisan cili dan daun kari hingga wangi.
- Kemudian masukkan kelapa kering. Gaul dan masak guna api sederhan hingga naik bau.
- Tambahkan udang yang digoreng tadi bersama serbuk lada sulah. Gaul hingga sebati dan tambahkan garam secukup rasa.
- Seterusnya masukkan susu cair. Gaul udang supaya bersalut sepenuhnya dan tambahkan gula. Gaul lagi hingga rata.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Hainanese Chicken Chop Menggetar Selera Berbuka

Jom ubah selera berbuka, apakata kita masak Hainanese Chicken Chop.
Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera berbuka… Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP

BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
1 biji telur (dikacau)
4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas.
2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
4. oreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:

1 biji bawang merah-hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar air
1/2 biji buah tomato – belah empat
1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.

2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.

4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
TAMBAHAN HIASAN :
Tomato biji
Kacang peas
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: itisrajjah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:
DAN JUGA RESIPI INI :

