Cara Buat Perencah Ikan Bakar Homemade. Sedap & Mudah.

Share

Suka makan ikan bakar? Kalau setiap kali nak masak baru nak buat perencah, memang melambatkan kerja. Jadi puan-puan boleh buat stok perencah ikan bakar homemade ni. Bila nak guna, ambil dan terus masak sahaja. Kalau makan dengan air asam, lagi bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Che Rohana Chek Akob

ni. Puan-puan pasti sukakan hasilnya.

 

RESIPI PERENCAH IKAN BAKAR HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 15 tangkai cili kering (*)
  • 2 biji bawang besar (*)
  • 5 batang serai (*)
  • 1 inci halia (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 cawan santan pekat
  • Air asam jawa/ asam keping
  • Gula dan garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan bertanda (*) hingga halus.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Boleh juga guna 1-2 keping asam gelugur.

4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
5. Masukkan santan pekat. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika. Padamkan api.
6. Pastikan pes tidak terlalu pekat bagi mengelakkan pes tidak sekata bila disapu pada ikan.
7. Untuk menyediakan ikan bakar, sapu atau percikkan perencah di atas ikan menggunakan serai yang telah dititik. Bakar hingga kekuningan atau hingga ikan masak.
8. Angkat dan nikmati segera. Enak dimakan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Che Rohana Chek Akob

Published by
Nur