Masak guna pes kari buatan sendiri memang sedap. Kalau habis pun tak pening boleh saja buat sendiri. Buat sendiri, boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili.
Terasa wangi aroma bahan-bahan yang digunakan. Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ni.
Rempah Kari Ikan Homemade
2 paket kecil rempah kari ikan
½-1 sudu besar serbuk cili
½ sudu teh serbuk kunyit
1 cawan minyak
2 labu bawang besar (1 dimayang,1 dikisar)
4 ulas bawang putih (2 dimayang, 2 dikisar)
1 sudu the halba campur
2 tangkai daun kari
1 biji cili hijau/ 5 biji cili padi hijau
250gm santan pekat
1 batang serai (diketuk)
Asam jawa secukup rasa (agar sebesar bola ping pong)
Perasa
2 biji tomato (1 dipotong kecil – 1 dipotong 4)
Sayuran
Cara membuat:
1.Tumis bahan yang dimayang, masukkan halba campur,daun kari dan serai.
2.Masukkan cili hijau dan tomato yang dipotong kasar.
3.Masukkan rempah kari, 1 cawan air dan bahan yang dikisar.
4.Kecilkan api, biar rempah tadi sedikit kering dan pecah minyak.
5.Masuk juga cili padi.
6.Masuk serai.
7.Bila semuanya dah wangi dan garing , perlahan kan api , masuk rempah kari , gaul rata , baru masuk air , masak hingga pecah minyak, masuk asam jawa pula .Untuk nak jadikan pes, reneh lah rempah ni hingga pekat.
8.Bila nak makan , tuang santan , masuk ikan dan sayur hingga pekat
Kredit: Normah Bahari
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-sizzling-tauhu-telur-mudah-betul-cara-masaknya/
https://www.rasa.my/cara-masak-shrimp-omelette-sedap-macam-dekat-restoran-thai/
https://www.rasa.my/resipi-mushroom-chicken-pie-mudah-tanpa-uli-hanya-guna-pastri-segera/
https://www.rasa.my/resipi-kuih-bom-bijan-yang-sedap-lembut-tak-liat-walau-dah-sejuk/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official