Ibu-ibu berkerjaya atau yang tak cukup masa nak dok lama-lama memasak di dapur, bolehlah siapkan awal awal stok pes untuk memasak lauk pauk kegemaran famili nanti.
Ni dia min kongsikan resipi cara nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.
Kalau tetamu datang secara mengejut, ni pes ini sangat berguna. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis. Boleh pelbagai gunakan dengan bahan utama seperti ayam dan daging atau pun ikan.
1. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang besar *
10 biji bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
5 inci halia*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
5 sekawan rempah
1 sudu halba
CARA MEMASAK :
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
Ads
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2.PES RENDANG
BAHAN-BAHAN :
5 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup(optional)
6 batang serai
2 genggam cili kering( rebus dulu )
2 kotak santan kecil
Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.
CARA MEMASAK :
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN :
Ads
2 biji besar besar
2 biji bawang besar (hiris bulat)
5 ulas bawang putih
4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
CARA MEMASAK :
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Resepi asal :Puan Asrimah Bakri Dicuba oleh: Suhaidah Ahmad
JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH MELIHAT PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
Sekarang ni sana sini orang menjual mangga. Selain sedap buat air mangga, boleh juga buat puding untuk sejukkan tekak. Lega rasanya dapat nikmati puding yang sejuk. Jom kita buat.
Puding Mangga Susu Bahan-bahan: 20g agar-agar tali 5 cawan air 3/4 cawan gula 2 – 3 biji mangga susu – potong dadu kecil-kecil 1 tin susu cair Secubit garam
Cara memasak: 1.Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula,kacau rata. 2.Masuk susu cair dan kacau. Kemudian masuk secubit garam.Kacau-kacau lagi. Tutup api. 3.Tuang secawan adunan puding dalam loyang 8×8.Beku seketika. 4.Tabur mangga susu separuh dalam loyang. Tuang adunan puding tadi hampir menutupi mangga.Beku seketika. 5.Habiskan baki mangga tadi dalam loyang. Tuang baki adunan hingga habis. Bekukan. 6.Boleh simpan dalam peti sejuk satu jam lebih. Potong ikut suka dan boleh dihidang.
1. Macam biasa, ikan siakap disiang dan dibersihkan. Kemudian, lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung. 2. Panaskan minyak, goreng garing. Angkat dan ketepikan dulu. 3. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu. 4. Letak 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati. Masuk belacan. Masa ni harum semerbak. 5. Letak sos cili, sos tiram, dan sos ikan sekali jalan. Masuk gula. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. 6. Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Kacau dan kacau sampai mesra. Tabur daun ketumbar. Ha siap!
SIAKAP PAPRIK ALA THAI
BAHAN DIKISAR KASAR:
6 tangkai cili kering – beli online di sini 8 biji cili padi 7 ulas bawang putih 2 pokok akar ketumbar
1 ekor ikan siakap ½ cawan air asam jawa – beli online di sini 2 sudu besar gula 1 cawan air 3 sudu besar sos ikan – beli online di sini Daun ketumbar Garam secukup rasa Tomato dan cili merah sebagai hiasan
1. Ikan siakap saya kelar dari belakang ke depan. Kelar gini isi ikan akan masak sampai ke tulang. 2. Lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung. 3. Panaskan minyak dan goreng. Sesekali cedok minyak tu dan simbah atas badan ikan untuk cepat masak. Dah garing angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis bahan dikisar kasar. Kacau sampai bahan sedikit garing. Terus masuk 2 sudu besar gula. Kacau sebati. Kalau ada gula kabung lagi sedap tau. 5. Masuk air asam jawa. Kacau dan kacau. Letak pula 3 sudu besar sos ikan. Kacau lagi. 6. Masuk 1 cawan air. Kacau dan biarkan kering sedikit. Tabur daun ketumbar. Perasakan dengan garam. Kalau dah masin tak perlu letak. 7. Siap! Tutup api. Simbah atas ikan siakap yang digoreng tadi. Boleh hias dengan tomato dan taburan daun ketumbar.
IKAN SIAKAP STIM LEMON
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap 1 biji bawang holland 2 batang serai | diketuk 3 biji cili api diketuk 3 inci halia | hiris nipis 1 biji tomato 3 sudu besar sos ikan 1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 1 biji lemon dibahagi dua (separuh hiris nipis, separuh lagi perah jus) ½ kiub ayam Daun sup & daun bawang
1. Kelar ikan tu dulu, kemudian lumur ikan dengan garam. Sebatang serai selit dalam perut ikan. 2. Tabur halia, bawang putih, bawang holand, cili padi dan keratan batang daun sup/bawang yang keras dalam bekas kukus. Kalau ada daun limau purut letak je. 3. Ambil ikan letak atas taburan bahan tadi. Seterusnya tabur pula bahagian atas ikan supaya seimbang atas dan bawah. 4. Curah sos ikan atas ikan. Curah jus lemon atas ikan dan keliling bekas. Masuk 1 gelas air. Kalau suka banyak kuah lebih pun tak apa. 5. Hancurkan kiub ayam, dan tabur merata dalam bekas. Masuk tepung jagung yang dibancuh keliling bekas. Curah lagi sekali 2 sudu sos ikan. 6. Kukus selama 20 minit. Takda periuk kukus, boleh je rebus dalam periuk biasa. Tak jadi masalah. 7. Ting! Tanda dah 20 minit. Selak sikit isi ikan, kalau tak melekat di tulang, kira dah masak la tu. Lepastu baru hias dengan lemon dan tabur daun sup daun bawang. Kukus lagi 5 minit.
SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS THAI
BAHAN KUAH:
1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3 ke 5 biji cili api (Kisar je semua bahan di atas) 2 sudu cili kisar 2 sudu cuka 5 sudu kicap biasa 1 sudu maggi cukup rasa Sedikit sayur kubis & lobak merah Daun sup & daun ketumbar
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung. 2. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dilumur tadi. Angkat dan ketepikan dulu. 3. Panaskan minyak dan tumis sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi. 4. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak. 5. Masuk 5 sudu besar kicap. Ikutla nak lebih pun takpa. Letak 2 sudu besar cuka. Kacau dan kacau. 6. Masuk 1 cawan air. Saya letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap. Masuk bunga kubis dan lobak merah. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit. 7. Perasakan dengan maggie cukup rasa. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi. Siap! Simbah atas ikan siakap tadi. 8. Tabur lagi daun bawang dan ketumbar sebagai penyeri. Kena cuba tau resipi ni. Dijamin sedap dan punah diet korang.
SIAKAP 3 RASA ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap 1 batang serai 1 biji bawang besar | potong dadu 3 ulas bawang putih | cincang halus 1 inci halia | cincang halus 1 biji cili merah 3 biji cili api ½ biji timun 1 biji tomato 1 potong nenas 4 helai daun limau purut Sedikit daun sup sebagai hiasan
BAHAN SOS:
3 sudu besar cili kering 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 2 sudu sos tiram 2 sudu sos ikan
CARA-CARA:
1. Bahan simple je. Lupa nak selit sebatang serai dihiris nipis. Sos ikan tu boleh ganti dengan kicap 1 sudu. 2. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup. 3. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul ye sebelum menggoreng. 4. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah. Masuk cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas. 5. Patut tadi tumis sekali serai. Lupa pula. Tak apa masuk je serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak. 6. Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air. Kuah dah pekat letak sos ikan. Daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap. 7. Masukkan timun. Dah nak masak baru masuk tomato dan nenas. Kuah dah siap. Simbah ke ikan yang digoreng tadi.
Bila ada mangga muda tentulah lawannya ada pencicah yang boleh boleh buat kecur liur. Jom buat serbuk colek yang mudah. Pedas berdesing dengan rasa udang kering dan juga belacan.Meleleh semua air yang ada bila gigit ni.
SERBUK COLEK
Bahan-bahan:
Gula pasir secukupnya
Cili kering
Udang kering
Belacan
Sedikit garam
Cara membuat:
1.Sangai lada kering, udang kering, belacan. Sangai sekejap kemudian biar ia sejuk dulu.
2.Dah sejuk, boleh masuk dalam pengisar dan kisar kering.
3.Tengok warnanya merah menyala.
4.Kemudian masukkan gula dan sedikit garam. Gaul sampai sebati. Nak letak banyak mana? Agak-agak cita rasa masing-masing.
5.Tak tahan makan ni. Tak boleh berhenti. Masam, manis, masin, pedas semua bergabung.