Ibu-ibu berkerjaya atau yang tak cukup masa nak dok lama-lama memasak di dapur, bolehlah siapkan awal awal stok pes untuk memasak lauk pauk kegemaran famili nanti.

Ni dia min kongsikan resipi cara nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.

Kalau tetamu datang secara mengejut, ni pes ini sangat berguna. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis. Boleh pelbagai gunakan dengan bahan  utama  seperti ayam dan daging atau pun ikan.

Cara Buat Pes Kari, Rendang & Sambal Tumis. Jimat Masa Memasak

1. PES KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji bawang besar *
  • 10 biji bawang kecil*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 5 inci halia*
  • 6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
  • 5 sekawan rempah
  • 1 sudu halba

CARA MEMASAK :

1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.

2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.

4. Siap. Bekukan.

IKLAN

5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.

2.PES RENDANG

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup(optional)
  • 6 batang serai
  • 2 genggam cili kering( rebus dulu )
  • 2 kotak santan kecil
  • Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.

CARA MEMASAK :

1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.

3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.

IKLAN

4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.

3. PES SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji besar besar
  • 2 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
  • Asam jawa
  • Garam, gula, perasa

CARA MEMASAK :

1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.

2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)

3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.

IKLAN

4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.

Resepi asal :Puan Asrimah Bakri
Dicuba oleh: Suhaidah Ahmad

JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR  DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH MELIHAT PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.

SERTA RESIPI RESIPI INI :

 

Set Beriani Istimewa Ayah.. Gulai & Kurma Daging, Lengkapkan Sajian Raya.

https://www.rasa.my/sos-perapan-ayam-kambing-daging-sate-resipi-jimat-pelbagai-hidangan-2/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI