Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes untuk masakan perkongsian saudari Linda Mokhtar ni. Boleh tahan lama tanpa berubah warna dan rasanya. Berbaloi untuk dicuba.
CARA MEMBUAT: 1.Bersihkan kunyit dan kikis kulitnya menggunakan sudu atau pisau.
2. Potong kecil kemudian masukkan ke dalam pengisar.
3. Tambah sedikit air supaya mudah untuk dikisar. 4. Kisar halus kemudian masukkan masukkan ke dalam balang bersih.
5. Masukkan beberapa keping asam gelugur dan tabur sedikit garam. Ia bertujuan untuk menjadikan pes kunyit tahan lama, warna kekal cantik, dan bau asli kunyit terpelihara. 6. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Pes sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
Menu Arab atau Timur Tengah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok aje dah kecur. Aromanya pun bukan main menusuk hidung. Padan ler restoran Arab cukup laku keras kat Malaysia ni.
Ni min kongsi lima resipi lagisajian Arab dari Chef Suhaili Mohd Nor, orang lama dalam bidang masakan. Jom cuba buat…
1. FALAFEL
BAHAN-BAHAN :
300 gm kacang kuda | direbus dan dikisar
1 besar bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh teh jintan manis
1 sudu makan tahini *ada dijual di kedai runcit Arab
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam satu adunan kecuali minyak. Adun sehingga sebati.
2 .Kemudian bentukkan menjadi bebola sehingga habiskan adunan.
3. Panaskan kuali serta minyak untuk menggoreng. Gorengkan sehingga nampak warna nya bertukar menjadi keperangan dan masak.
4. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama roti pita dan yogurt.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Ala pengedil kekacang Keistimewaan : Rasa kacang kuda berempah Anggaran kos :RM 10
Info Chef: Sedap dijadikan inti roti pita dan dimakan bersama yogut.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
450 gm kacang kuda
1 ulas bawang putih.
1 biji jus lemon.
1 sudu teh jintan putih.
3 sudu makan tahini.
3 sudu makan minyak zaitun.
1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
1 sudu teh serbuk paprika
Sedikit herba dill
1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3. Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6. Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. COUSCOUS SAYUR
BAHAN-BAHAN :
350 gm cous cous
1 biji bawang holland | dicincang
3 ulas bawang putih
1 batang terung | dipotong dadu
1 tin kacang pis
1 sudu makan minyak zaitun untuk menumis
1 biji tomato | dipotong dadu
1 tangkai herba segar thymes
1/2 mangkuk air
Garam secukup rasa
300 gm keju Mozarella | parutan.
CARA MEMASAKNYA :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan terung, tomato dan herba thymes.
3. Kemudian masukkan couscous dan air.
4. Biarkan couscous mengembang sedikit dan masukkan garam secukup rasa
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan biar ia masak sebentar.
6. Masukkan dalam bekas aluminium foil masukkan kuskus dan tabur keju mozarella
7. Bakar sebentar sehingga nampak keperang-perangan.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Rebus Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja Anggaran kos :RM 8
Info Chef :Couscous banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Ia sebenarnya pasta yang dibuat dalam butiran halus
4.SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAKNYA:
1.Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam.
3.Gorengkan sehingga air daging kering.
4.Kemudian sejukkan sebentar.
5.Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi.
6.Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar.
7.Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
5. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
1 keping roti pizza
10 gm zaitun hitam | dicincang halus
10 gm bijan
1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
1 biji tomato | dipotong bulat
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak Anggaran kos :RM 15
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
Telur dadar kentang cheese, menu yang perlu anda cuba. Biasa kita dengar telur dadar biasa ataupun telur dadar mayonis. Nak sedikit kelainan boleh buat telur dadar kentang dengan cheese ini.
Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang selain penuh rasa krim dari keju, pasti buat anda sekeluarga teruja nak cuba. Tak perlu makan dengan nasi, makan begitu sahaja pun sedap.
Nak lebih rasa boleh dicicah bersama sos dan juga sayur-sayuran. Sesuai juga jadi menu untuk anda yang sedang berdiet.
TELUR DADAR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.
Kukkra Curry mesti ada yang tertanya apa dia sajian ini. Kukkra kari ni adalah sajian dari negara Nepal yang kita sebut kari ayam. Memang sedap sebab kari Nepal ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Yogurt asli menjadi antara bahan ramuan yang melazatkan lauk ini.
Empunya resipi ini belajar dari abang iparnya orang Nepal. Perkongsian resipi daripada Aslyna Hassan ni memang berbaloi dicuba. Kari ni bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi tapi makan dengan roti Arab atau segala jenis roti pun sedap melampau hingga menjilat jari.
KUKKRA CURRY
.
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia
Kisarkan semua bahan yang bertanda *
4 biji tomato | dipotong dadu
Ubi kentang | terpulang berapa biji
1 tangkai daun ketumbar | letak lebih lagi sedap
5 sudu besar yogurt asli | yang plain tiada perisa
6 sudu besar penuh serbuk kari
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak. 3. Masukkan tomato,kemudian masukkan ayam dan kentang, masukkan sedikit air. 4. Biarkan mendidih hingga ayam masak, kemudian masukkan yogurt. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang sudah siap dipotong-potong. 6. Sajian siap dihidang.
Berbaloi-baloi untuk dicuba.
.
Kredit : Aslyna Nor Hassan
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS MEMASAK YANG BERKUALI DENGAN HARGA BERPATUTAN, JOM LAYARI DI SINI. TERDAPAT BANYAK PILIHAN MENARIK.