Sedapnya pizza homemadeni. Anak-anak anda suka makan sajian ni? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri. Tak susah pun nak buat sendiri adunan doh pizza ni. Malah toppingnya juga boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Resipi perkongsian Rajuna Bakar ni memang terbaik. Cubalah.
RESIPI PIZZA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tepung gandum
220ml air biasa
1biji telur
Sedikit garam
20gm susu tepung
100gm gula kastor
1 sudu besar yis
BAHAN-BAHAN TOPPING (CADANGAN)
Ads
Satu labu besar bawang holland
Sosej
Keju Mozarella
Sos pasta original
Daun oregano
Isi ayam (sudah direbus terlebih dahulu)
CARA MEMASAK:
1. Bancuhkan dulu yis, air, gula sekata (Bancuh secara manual). Biarkan hingga 10 minit
2. Kemudian baru campurkan dengan bahan-bahan lain.
3. Uli sampai dapat doh elastik (biarkan rehat dalam 30 minit)
Ads
4. 1/2 kg tepung dapat 4 keping pizza. Bahagikan 4 bahagian.
5. Ambil satu bahagian dan canai dalam pan (ratakan seperti dalam gambar). Cucuk-cucukan doh pizza tadi dengan garfu (supaya udara senang keluar dan doh tidak menggelembung ketika dibakar)
Ads
6. Isikan topping ikut kegemaran anda.
7. Bakar suhu 160’c dalam masa 16 min (Bergantung pada oven masing-masing)
Kalau rumah takde oven atau pun oven rosak, boleh aje masak pizza. Gunakan kuali. Lepas masak doh,susun topping boleh tabur apa sahaja ayam, daging, sayur, seafood tapi semua itu kena dimasak dahulu.
Naik cairkan keju mesti kena letak penutup, api kena perlahan aje. Tiga hingga empat minit dah okay sebab bahan-bahan topping tu dah siap siap masak tadi kan.
Yg dah siap masak tu boleh lah tabur oregano, memang sedap melampaulah.Seratus peratus masak atas api dapur gas aje, jom semak resipi yang dihasilkan oleh Murni Ahmad ni.
PIZZA TANPA OVEN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pizza : 1kg tepung gandum 2 cawan air suam 1 paket mauripan @ yis kering 2 sudu makan minyak masak 1 sudu makan gula Secubit garam * Uli bahan di atas sekurangnya 5 minit
Bahan topping :
Sos pasta tradisional-jenama bebas. Boleh letak macam-macam topping, Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/kejuseafood
Bahan sos : 3 ulas bwg putih 1 biji bawang besar/Holland 1 sudu kecik mix herbs 1 kiub ayam 2 sudu besar tomato puree 3 biji tomato
CARA MEMASAK :
Penyediaan topping : 1. Tumis bawang holland dan bawang, bila dah wangi bahan basah yg lain. Contoh ayam,hotdog n cendawan dan pelbagai lagi.
2. Tumis sampai masak ye,perasakan dgn garam dan lada hitam. Ketepikan.
Cara penyediaan doh : 1. Gaul tepung dgn minyak. 2. Tambah air. uli tepung sekurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam. *sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
2. Selepas satu jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3. Bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali. 5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik,masak je doh tu atas kuali
6. Kalau suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping. 7. Kalau suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.
8.Susun siap-siap atas kuali sebab tak perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak. Sapukan sos dahulu baru susun topping.
9. Keju tu ambik masa 3-4 minit untuk cair .
Cara penyediaan sos : 1. Potong halus bawang putih dan tumis smpai naik bau.. 2. Masuk bawang dan tomato yg dikisar. 3. Masak sampai pecah minyak. 4. Masukkan tomato puree 5. Tambah mix herbs dan kiub ayam 6. Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam
*nak cepat buat guna roti nan/arab.. *resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau..
Jom buat Lemon Meringue Tart yang mudah ini, anda hanya perlu ikut DIY ini sahaja, Anda hanya sediakan inti dan maningue sahaja. Tak perlu nak uli tepung buat cengkerang, beli je yang dah siap kemudian sediakan bahan ikut DIY yang Rasa kongsikan ini:-
LEMON MERINGUE TART
BAHAN-BAHAN:
6-10 biji cengkerang tat
3 biji telur kuning
250ml susu segar
150gm gula kastor
150gm mentega
75gm tepung jagung
1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
Bahan Untuk Krim :
250gm krim putar
100gm gula aising
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1 : Panaskan mentega dalam periuk.
LANGKAH 2: Masukkan campuran susu telur, gula, jus lemon dan tepung jagung. Kacau sebati atas api kecil sehingga pekat.
LANGKAH 3: Tuangkan adunan inti dalam cengkerang tat dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Paipkan adunan krim yang telah diputar sebati di atas permukaan tart.
LANGKAH 5: Terus paipkan krim sehingga habis.
LANGKAH 6: Bakarkan permukaan krim menggunakan torch.
Cara buat roti kukus yang lembut dan gebu, sedap makan begitu saja.
Kalau dah jemu dengan roti bakar atau roti goreng, apa kata cuba pula resipi roti kukus gebu ini.
Menariknya, roti ini hanya guna secawan lebih tepung gandum sahaja, tapi hasilnya lembut, gebu dan wangi. Sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.
Roti kukus ini juga boleh dinikmati dengan pelbagai cara, tapi makan begitu sahaja pun dah sedap. Nak cicah dengan kari, sambal sardin atau sapu dengan butter dan tabur gula pun boleh. Lagi best kalau dimakan panas-panas sebaik sahaja siap dikukus.
Cara Buat Roti Kukus Lembu Gebu
Bahan-Bahan
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula & butter cair untuk topping
Cara Penyediaan
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan uli hingga doh licin. Perap sehingga doh naik dua kali ganda.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Bulatkan dengan tangan dan susun dalam loyang 6 inci.
4. Biarkan doh kembang semula sehingga 2 kali ganda.
5. Kukus dengan api sederhana selama 35–40 minit. Balut penutup pengukus dengan cling wrap, tapi jangan terlalu ketat supaya roti boleh mengembang.
6. Setelah masak, sapu dengan marjerin atau butter cair, tabur gula dan sedia untuk dihidang.
Tip Ekstra
Jika doh lambat kembang, jangan panik. Tunggu sehingga ia naik sepenuhnya, baru kukus.
Semasa mengukus, pastikan penutup tidak terlalu rapat agar wap boleh keluar dan roti mengembang cantik.
Roti kukus boleh dibekukan selepas masak. Bila nak makan, kukus semula untuk hasil lembut gebu seperti baru.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.