Pizza panas-panas memang sedap. Bagi yang tidak pernah cuba buat sajian ini secara homemade, RASA kongsikan satu resipi mudah yang pasti jadi. Resipi perkongsian saudari Hidayati Hana di page RASA SHARE RESIPI ni memang mudah tak tak renyah. Sesuai sangat kalau cuba buat untuk anak-anak untuk minum petang atau makan malam. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI PIZZA HOMEMADE SEDAP & COMFIRM JADI
BAHAN DOH PIZZA:
BAHAN TOPPING PIZZA:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan air suam, yis serta gula. Biarkan dalam 10 minit hingga yis kembang.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, garam dan minyak.
3. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi.
4. Uli seketika hingga doh tidak melekat di tangan. Perap selama 1 jam.
5. Bila cukup 1 jam, ambil doh tadi dan tumbuk beberapa kali bagi mengeluarkan angin.
9. Sapu sos pasta diatas doh dengan secukupnya dan tabur sedikit parutan keju.
10. Letak hirisan sosej, crabstick, capsicum dan bawang. Topping ini juga boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anda.
11. Tabur keju mozarella di permukaan pizza. Lebih banyak, lebih sedap.
12. Sebelum dibakar, biar pizza selama 15 minit.
13. Untuk membakarnya, panaskan ketuhar pada suhu 200C dan bakar selama 25-30 minit.
14. Sedia untuk dinikmati.
Nak beli oven tapi tak tahu mana satu yang best? RASA kongsikan seleksi barangan keperluan dapur yang boleh anda pilih. Buka setakat oven, macam-macam ada tau. Boleh pilih dekat SINI.
Kredit resipi & foto: Hidayati Hana Via Rasa Share Resipi
ANDA JUGA BOLEH CUBA: