Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya. Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.
Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.
Ads
Paling selamat, gunakan telur segar atau yang baru.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Jangan terus pecah telur terus ke dalam periuk.
Panaskan air secukupnya dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan cuka makan.
Setelah mereneh kecil, kacau air sehingga membentuk pusaran kecil.
Masukkan telur perlahan dan sentuhkan tepi mangkuk hingga mencecah air rebusan.
Biarkan seketika sehingga putih telur menyeliputi kuning telur.
Masak telur ikut cita rasa anda, tekstur lembut (empat minit) setengah masak (lima minit) dank eras (lapan minit).
Angkat telur menggunakan penapis atau senduk berlubang.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.
Akhir sekali toskan sebelum sedia dihidangkan.
Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara. Pasti usaha anda menyediakan poached egg tidak akan kecewa lagi.
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selama ini ada yang ingat Baking Soda hanya digunakan untuk membuat kek dan roti sahaja. Tahukah kamu, soda bikarbonat mempunyai pelbagai kegunaan yang bagus dalam kehidupan seharian di rumah. Ia boleh dijadikan sebagai bahan alternatif dengan memberi kesan yang lebih kurang sama dengan produk yang mempunyai pelbagai kegunaannya.
1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.
2. Deodoran semulajadi – kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.
3. Menghilangkan kesan peluh, daki dan minyak – Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.
4. Gunakan sebagai pencuci mulut – Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.
5. Skin exfoliator – tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.
6. Untuk mencuci sikat & berus rambut – Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.
7. Garam mandian (bath salt) – selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.
8. Pemutih gigi – seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.
9. Lembutkan daging – ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.
10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.
11. Membersihkan karpet – Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.
12. Sebagai syampu kering – penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.
13. Hilangakan blackhead – Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh
14. Pengganti mopiko – Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.
Ikan patin antara ikan sungai jadi kegemaran ramai. Enak jika dimasak tempoyak atau asam pedas.
Tapi satu masalah bila nak sediakan ikan patin ni kalau tak kena gaya akan rasa hanyir. Memang akan spoil mood nak makan.
Sebenarnya untuk mengelakkan rasa hanyir ini ada petua yang kena kita praktikkan selain dari basuh dengan asam jawa dan penggunaan tepung gandum.
Namun begitu ramai yang tak tahu akan cara ini. Dikongsi oleh Rosniza Hussin, menurut beliau untuk mengelakkan bau hanyir ketika menyediakan masakan ikan patin kita perlu mencari ‘urat’ ikan ini.
Berwarna putih seakan benang, 4 urat ini terlebih dahulu perlu dibuang semasa membasuh ikan patin atau ikan duri. Beliau juga turut berkongsi caranya.
1. Semasa membersihkan ikan patin yang dipotong cari urat di celah-celah isi ikan. Bila terjumpa, tarik dan buang menggunakan pisau.
2. Bila dah jumpa, senang saja untuk keluarkannya, cuma tarik.
3. Ini dia urat yang buat ikan patin bau hanyir.
Selain ikan patin, perkara yang sama boleh dipraktikkan untuk ikan duri atau ikan sembilang.
Bencana alam tidak dapat kita jangka, boleh jadi kita keputusan bekalan beras akibat banjir, kemarau dan sebagainya. Sebab itulah penting untuk kita menyimpan stok beras di rumah yang juga menjadi makanan ruji kita.
Salah satu cara untuk menyimpan stok beras ini agar ia tahan lama malah hingga bertahun-tahun adalah dengan menggunakan botol plastik dan bawang putih. Kaedah ini dikongsi oleh Saudah Yahya yang mempraktikkannya sejak sekian lama. Katanya beras kekal elok, tanpa dirosakkan oleh bubuk.
Kaedah simpan stok beras bertahun-tahun lamanya
1. Sediakan botol plastik yang bersih dan kering, masukkan beras yang elok tiada kutu beras ke dalamnya.
2. Isi sedikit beras dulu kemudian ambil satu labu bawang putih yang dileraikan dan letak di atas permukaan beras. Tak perlu buang kulit bawang putih.
3. Kemudian isi lagi beras dan ulang dengan meletakkan bawang putih hingga beras penuh. Untuk satu botol ini boleh isi dalam 4-5 labu bawang putih.
4. Hentak sedikit botol supaya beras betul-betul penuh. Kemudian letak bahagian atas dengan bawang putih sebelum ditutup.
INFO
Bila sudah lama bawang putih akan kecut dan kering meninggalkan kulit saja namun ia tidak akan merosakkan beras.
Selepas setahun atau lebih boleh saja menggunakan beras ini dan gantikan dengan beras lain. Beras akan kekal elok dan tak hancur.
Paling tidak setiap rumah kena simpan 1-2 botol stok beras begini. Bencana alam, darurat dan kecemasan kita tak boleh jangka.