Cara Buat Poached Egg Yang Hebat & Sempurna.

Share

Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning  telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya.  Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.

Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.

  • Paling selamat, gunakan telur segar atau yang baru.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Jangan terus pecah telur terus ke dalam periuk.
  • Panaskan air secukupnya dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan cuka makan.
  • Setelah mereneh kecil, kacau air sehingga membentuk pusaran kecil.
  • Masukkan telur perlahan dan sentuhkan tepi mangkuk hingga mencecah air rebusan.
  • Biarkan seketika sehingga putih telur menyeliputi kuning telur.
  • Masak telur ikut cita rasa anda, tekstur lembut (empat minit) setengah masak (lima minit) dank eras (lapan minit).
  • Angkat telur menggunakan penapis atau senduk berlubang.
  • Masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.
  • Akhir sekali toskan sebelum sedia dihidangkan.

Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara.  Pasti  usaha anda menyediakan poached egg  tidak akan kecewa lagi.

 

Published by
Norasida Myasin