Cara Buat Popia Basah Paling Senang & Tak Renyah, Memang Sedap!

Share

Kalau pergi pasar malam, min memang suka beli popia basah. Lagi-lagi kalau inti di dalam banyak dan dituang dengan sos yang pekat.

Wah, menyelerakan sungguh bila mendengarnya kan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.

Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!

 

POPIA BASAH

 

BAHAN KULIT POPIA:

2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 biji telur putih
¾ cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam

 

Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMBUAT KULIT POPIA:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit.
2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.

 

BAHAN SOS POPIA:

12-14 cili kering | buang biji, rebus & toskan kemudian dikisar halus dengan 1 cawan air – beli online di sini
1 biji bawang besar –beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
2-3 sudu gula perang – beli online di sini
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak untuk menumis

CARA MASAK SOS:

1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis.


5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.

 

BAHAN INTI POPIAH:

Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang)
Tauge | bersihkan
½ biji kubis | racik halus
1 biji lobak merah | hiris memanjang
Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil
½ labu bawang besar | cincang halus


2 ulas bawang putih | cincang halus
Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA SEDIAKAN INTI:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu.
3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).

 

BAHAN TABUR:

Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk
Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus
Bawang goreng

CARA SEDIAKAN:

Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.

Kredit: Roshida Shida

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff