Cara Buat Popia Carbonara Sedap & Mudah Tanpa Guna Sos Segera

Share

Teringin nak makan Popia Carbonara yang sangat mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Paling penting ia sedap dan buka selera. Jom lihat resipinya.

RESIPI POPIA CARBONARA YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi ayam – potong dadu
  • 1 paket sosej – hiris
  • 1 biji bawang besar – potong dadu (beli online disini)
  • 1 batang lobak merah – dadu halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam (beli online disini)
  • 2 sudu makan mentega atau marjerin (beli online disini)
  • Keju cheddar parut secukupnya
  • 1 cawan susu penuh krim atau susu cair (beli online disini)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kulit popia secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam, sosej, lobak merah dan lada hitam. Gaul lagi hingga isi ayam masak.


3. Tambahkan air, susu dan keju. Kacau sebati. Tambahkan juga bancuhan tepung gandum.
4. Akhir sekali, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.Padam api dan biarkan inti sejuk.


5. Untuk menggulung popia, ambil 2 keping kulit popia dan sudukan inti dengan secukupnya.


6. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.


7. Popia ini juga boleh disejukbekukan. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh digoreng pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Raja Amanina

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur