Cara Buat Popia Cheese Mudah & Sedap Hanya Guna 3 Bahan.

Share

Popia Cheese ni antara snek kudapan paling laris abad ini. Harga jualannya juga agak mahal jika nak beli sebalang. Jom cuba resipi mudah nak buat ni. Hanya guna 3 bahan, kudapan enak ini siap untuk dinikmati. Bolehlah berjimat di musim perayaan nanti.

“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni. Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni.
Sedar sedar dah habis sebalang. Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.” perkongsian resipi dari Farhana Ismail

 

RESIPI POPIA CHEESE KRUP KRAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek popia
  • Serbuk cheese
  • Serbuk cili
  • Gula

 

CARA MEMBUAT:

1. Gunting kulit popia dan dicarik-carikkan.

2.Kisar 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.

3. Goreng kulit popia hingga keperangan dan toskan.

4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang hingga semua bahan bersalut.

5. Sedia untuk dinikmati. Untuk tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara 😂 Selamat mencuba korang resepi mudah ni.

 

Kredit resipi & foto: Farhana Ismail‎

Published by
Nur