Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

Popia Sira ni memang sedap. Namun ada juga yang bila buat Popia Sira homemade, hasilnya jadi lemau dan tidak rangup. Istimewa buat anda yang sukakan snek ringan yang enak ni, RASA kongsikan resipi Popia Sira perkongsian dari saudari Mariana Zainal. Cubalah. Hasilnya pasti memuaskan hati.

RESIPI POPIA SIRA

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket kulit popia
  • 1 batang lidi sate
  • Sedikit air untuk dijadikan gam
  • Berus

CARA MENGGULUNG:

1. Bentangkan sekeping kulit popia. Letak lidin sate.

2. Gulung kulit popia jangan ketat. Longgar-longgar je.

3. Sapu air dihujung kulit popia menggunakan berus dan teruskan menggulung. Keluarkan lidi sate.

4. Ulang langkah sama hingga siap. Kemudian gunting serong.

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

IKLAN

5. Panaskan minyak masak dalam kuali menggunakan api sederhana perlahan. Jangan guna api besar kerana nanti popia tidak rangup.

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

6. Apabila minyak sudah panas, masukkan popia. Elak masukkan popia ketika minyak panas berasap kerana popia akan hangus.

7. Apabila popia telah perang, angkat dan toskan. Biarkan suam sebelum disira.

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

SAMBAL SIRA

IKLAN

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air

BAHAN LAIN:

  • 1 ½ senduk makan minyak untuk menumis
  • 6 sudu makam gula
  • 2 cubit garam
  • Secubit bahan perasa (jika perlu)
  • 1 cawan kacang tanah yang telah digoreng( nak letak ikan bilis goreng garing pun boleh)
  • Daun kari (jika suka)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan masukkan daun kari. Kacau seketika.

2. Tambahkan bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa. Masak hingga sambal menjadi gelap, pekat serta berbuih-buih.

3. Perlahankan api dan masukkan kacang serta popia yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

IKLAN

4. Tutup api dan tuang popia sira tadi di atas talam.

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

5. Bila popia telah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara Buat Popia Sira Yang Sedap & Comfirm Rangup

INFO: Jika suka, boleh juga tabur sedikit bijan yang telah siap disangai.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI