Sedapnya PotatoSmiles ni. Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah ni. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah anak-anak makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
RESIPI POTATO SMILES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk. 2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti. 3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
Ads
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat. 5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Tiga resipi daging korban kesukaan ramai. Tak lama lagi Aidiladha akan tiba dan ramai yang menjalankan ibadah korban.
Daging korban memang sedap, maklumlah baru disembelih. Sesuai untuk dimasak dengan pelbagai masakan enak. Resipi yang dikongsikan ini adalah antara masakan yang disering dimasak menggunakan daging korban.
Masukkan air ke dalam periuk bersama sedikit garam dan rebus perut yang telah dibersihkan tadi sehingga ¾ masak. Angkat, tos dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Boleh tuang di atas perut ketika menghidang atau boleh gaul bersama perut sebelum menghidang.
Bagi yang suka menyediakan hidangan kurma baik ayam atau daging, petua atau tip yang dikongsi oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail boleh dicuba bagi memastikan hasil lauk kurma yang dimasak lebih lazat dari biasa.
Tip yang dikongsi adalah dengan cara menuang minyak sapi selepas selesai memasak hidangan ini. Cara lengkap menyediakan hidangan ini turut dikongsi oleh beliau.
Cara dan petua khas untuk masak kurma sama ada ayam atau daging
1. Tumis menggunakan minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga garing kekuningan.
2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah digaul bersama air, daging/ayam,kerisik, tomato, bawang putih/merah yang telah dikisar dan buah keras serta jintan yang telah ditumbuk.
3. Tutup periuk, masak dengan api kecil sehingga pecah minyak. Tutup periuk itu bertujuan supaya aromanya tak hilang dan daging/ayam akan cepat lembut. Tapi awas, jangan biarkan ramuan rempah hangit! Air pun kena pandai agak ya.
4. Bila daging/ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, tunggu sehingga lembut. Kemudian masukkan santan, biarkan sehingga menggelegak.
5. Masukkan cili merah potong tengah dan bawang besar potong empat dan garam.
6. Petua penting agar masakan kurma lebih sedap ialah setelah selesai masak, tuang sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma. Inilah yang akan menambahkan kelazatan masakan kurma itu. Ikut langkah ini,saya yakin lauk kurma akan sedap.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.