Cara Buat Pretzel Bite Perisa Cinnamon Sugar & Salty Butter, Dua-Dua Sedap

Share

Pretzel Bite yang sangat mudah disediakan. Bagi anda yang terasa nak mengunyah tapi tak mahu hidangan yang terlalu berat, resipi perkongsian Fanthaghiro Roses ini boleh dicuba. Hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Sekejap sahaja dah boleh dinikmati. Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI PRETZEL BITE HANYA GUNA 2 BAHAN ASAS MUDAH

BAHAN-BAHAN DOH PRETZEL:
1 ¼ cawan tepung naik sendiri beli online disini
1/2 cawan yogurt asli (170gm)

BAHAN LAIN:
Sedikit soda bikarbonat beli online disini
Serbuk kulit kayu manis beli online disini
Gula
Mentega cair
Garam kasar

CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung naik sendiri dan juga yogurt asli. Gaul sebati dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat.


2. Uli doh memanjang dan potong menjadi 6 bahagian.
3. Setiap bahagian yang dipotong tadi, dipotong sekali lagi menjadi 4 kepingan kecil.


4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan soda bikarbonat.
5. Celup keratan doh tadi dalam bancuhan soda bikarbonat lebih kurang 10-20 saat sahaja.


6. Tapis atau keringkan air pada doh. Susun atas tray dan sedia dibakar dalam ketuhar pada suhu 170-180C selama lebih kurang 10 minit atau hingga kuning keemasan.


7. Campuran serbuk kulit kayu manis dan gula.


8. Selepas Pretzel siap dibakar, celupkan dalam mentega cair dan celupkan ke dalam campuran cinnamon sugar atau boleh ditabur garam diatasnya untuk perisa Salty Butter.


9. Cara lain, lepas dibakar Pretzel boleh disapu dengan kuning telur kemudian taburkan garam kasar. Bakar seketika sekali lagi.

 

INFO: Bakar Pretzel guna api atas bawah supaya kedua-dua bahagian menjadi golden brown yang cantik. Selain perisa sedia ada, boleh juga guna sosej, keju atau apa-apa sahaja inti mengikut cita rasa.

 

Kredit resipi & foto: Fanthaghiro Roses

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur