Cara Buat Puding Buah Naga Bersusu Paling Sedap.

Share

Nak makan dessert paling sedap, puding dingin dari peti sejuk ni memang nyaman sangat kan. Ni dia puding buah naga @ dragon fruit yang mengancam selera dengan warna unggu yang cantik dan menyelerakan.

Bahan-bahan utamanya adalah agar-agar, susu cair dan buah naga, kos minima tetapi kelazatannya memang maksimalah. Kalau tak suka manis, boleh aje kurangkan sedikit sukatan gulanya.

PUDING BUAH NAGA SUSU
* Guna loyang 7 inci



BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji buah naga (isi merah)

  • 1 paket agar-agar bertali 20 gram
  • 750 mls susu cair
  • 750 mls air kosong
  • 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan)


CARA MEMASAK :
1. Tuangkan air ke dalam periuk, dan masukkan agar-agar tali. Kacau sampai larut dengan api sederhana.


2. Masukkan susu cair, dan kemudian letak gula. Letakkan sedikit sedikit, kalau rasa dah manis okay aje, tak payah nak habiskan secawan tu. Ikut selera dan tahap kemanisan yang disukai.

 


3. Akhir sekali masukkan potongan buah naga. Tak payah lama, supaya buah naga tak hancur. Potongan naga tu cantik bila dah mengeras puding nanti.


.

4. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin


Berbaloi untuk dicuba nih, hidang lepas makan tengahari nanti tau.


Kredit : cuti_makan
via FB : Senangnya Masak

ANDA GEMAR MEMBELI BELAH CARA ONLINE. JOM LAYARI DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI ;

https://www.rasa.my/puding-coklat-vanila-nikmat-di-tekak/

DAN JUGA  RESIPI RESIPI INI :

https://www.rasa.my/nyaman-tekak-nikmati-puding-jagung-susu-coklat/

Published by
Faridah Talib