Bagi penggemar manisan, Puding Gula Hangus atau Puding Karamel perkongsian resipi oleh saudari Khairun Nisa ini merupakan salah satu resipi yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ringkas dan senang sahaja cara penyediaannya. Boleh cuba bila-bila masa yang anda inginkan.
RESIPI PUDING GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
5 biji telur gred A
1 cawan susu cair – beli online disini
1 cawan susu pekat manis – boleh kurangkan manisnya – beli online disini
1 cawan air
Sedikit esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula ke dalam kuali. Masak hingga gula cair dan menjadi keperangan. Jangan sampai hangus kerana gula akan menjadi pahit.
2. Tuang gula ke dalam loyang bersaiz 7 inci. Ketepikan.
3. Satukan telur bersama esen vanilla.
4. Masukkan juga air, susu cair dan susu pekat manis.
5. Kacau sebati dan jangan pukul terlalu lama. Ini kerana jika dipukul terlalu lama, puding akan menjadi berongga bila dikukus.
6. Tapis campuran ke dalam loyang berisi gula tadi.
7. Kukus puding selama 25-30 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan puding terlebih dahulu sebelum diterbaikkan ke dalam pinggan. Jangan terbalikkan ketika masih panas kerana puding akan menjadi hancur.
Kredit resipi & foto: Khairun Nisa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official