Cara Buat Puding Karamel Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus.

Share

Sedapnya Puding Karamel. Makan sejuk-sejuk di musim cuaca panas begini, memang nikmati. Bagi yang nak makan manisan ini tapi ‘takut’ dengan jumlah telur yang digunakan, bolehlah cuba resipi Puding Karamel yang tak guna telur perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sangat mudah dan tentunya sedap. Tak perlu kukus pun. Cubalah.

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA GUNA TELUR

BAHAN GULA HANGUS ( jika guna loyang saiz 7 inci):

  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan air panas

CARA MEMASAK:

1. Masukkan gula dalam loyang masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (sentiasa kacau).

2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.

3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan biarkan seketika. Boleh sediakan bahan puding.

Jika guna bekas dadih kecil, sukatan gula berbeza.

BAHAN GULA HANGUS (jika guna bekas dadih):

  • 3/4 cawan gula ( hampir penuh)
  • 1 cawan air panas

CARA MEMASAK:

1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (sentiasa kacau).

2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.

3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.

4. Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih. Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.

 

BAHAN PUDING:

  • 1 paket serbuk agar-agar @ 10gm (guna serbuk yang kosong @ jernih. Jika guna agar-agar tali, sukatanya 20gm atau 25gm)
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan hingga sebati, tapiskan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga larut.

2. Apabila dah mendidih kuat, tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi atau sudukan ke dalam bekas dadih. Biar sedikit suam.

3. Masukkan dalam peti sejuk. Bila dah mengeras, bolehlah dipotong dan dinikmati.

Kredit resipi: Mariana Zainal

 

Dekat rumah belum ada PERIUK KUKUSAN @ FOOD STEAMER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi best guna PERIUK KUKUSAN? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur