Kalau anda tak pernah rasa puding keledek ungu, bolehlah cuba buat di rumah. Makan sejuk-sejuk semasa cuaca panas memang layan. Rasa kongsikan resipi mudah perkongsian saudari Iedaa Jahaya. Resipinya sangat mudah. Cubalah, pasti anda puas hati.
PUDING KELEDEK UNGU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul keledek ungu
Agar-agar tali
Gula
1 tin susu cair
1 sudu butter
CARA PENYEDIAAN:
Ads
1. Buang kulit, potong dan rebus atau kukus terlebih dahulu. Bila dah lembut, lenyek halus keledek tadi.
2. Kemudian, masukkan agar-agar tali ke dalam periuk. Air ikut tenggelam agar-agar dan masukkan gula. Masak sehingga gula dan agar-agar larut.
3. Masukkan ubi yang telah dilenyek halus tadi ke dalam bekas dan masukkan satu tin susu cair. Kacau sehingga rata. Ketepikan dahulu.
4. Bila gula dan agar-agar dah larut, tapis masuk ke dalam bekas keledek tadi. Kacau di atas api yang sederhana bagi mendidih seketika.
5. Ambil loyang, basahkan sedikit dan ketepikan dahulu.
6. Letak 1 sudu butter dalam adunan keledek tadi.
7. Bila dah didih, tutup api dan tuang masuk ke dalam loyang. Boleh juga ditapis sebelum masuk ke dalam loyang supaya puding lebih halus.
8. Biar sejuk seketika dan masuk ke dalam peti.
9. Tunggu puding keras dan barulah sedia untuk dipotong.
Masakan Cina memang sedap dinikmati, namun kebanyakan resipi asalnya menggunakan wain beras atau dry sherry. Tapi resipi yang dikongsikan oleh Fatin Damia ni sah sahlah halalan toyibban.
Rasanya tetap mantap dan sedap, boleh buat kat rumah dah terjamin kebersihan dan kehalalannya. Jom semak resipi Fatin Damia yang juga dikenali sebagai kakak cantik.Udang tu pun nampak cantik aje atas pinggan hehehe.
CANTONESE DRY FRIED PRAWN
.
BAHAN-BAHAN :
20 – 25 ekor udang sederhana besar
1 sudu besar bawang putih (cincang halus) – beli online DI SINI
1/2 sudu besar halia muda (cincang halus) – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Grill dahulu dahulu udang sebentar dengan sedikit minyak dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. 3. Masukkan sos tiram diikuti minyak bijan. 4. Kemudian masukkan udang, gaulkan dan biarkan tumisan sebati dengan udang 5. Perasakan dengan garam dan gula, sos tiram dah masin jadi garam sedikit sahaja. 6. Sajian siap dihidang
.
Kredit Resipi & Foto :Fatin Damia
INGIN MENCARI KUALI NON STICK UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM BELI ONLINE DI SINI
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cokodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Sedap nampak Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus versi kukus perkongsian FB Empayar Annur ni. Lebih istimewa lagi resipi ini dimasak tanpa ketuhar. Hanya perlu kukus sahaja. Nampak sedap dan gebu kan? Malah resipi Kek Sarang Semut ini juga tak perlukan anda untuk perap adunan. Memang elok bersarang. Yang mana suka makan Kek Sarang Semut / Gula Hangus, boleh cuba resipi mudah ni.
KEK GULA HANGUS KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan marjerin
4 biji telur gred B
3/4 cawan susu pekat manis – boleh guna 1/2 cawan jika nak kurang manis
2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
1 penutup botol esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Cairkan gulag una api sederhana hingga hangus ( keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.
2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika.
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.
4. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.
5. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
6. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.
7. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati.
8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.
9. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.
10. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaksan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungking berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.