Sedapnya Puding Laici Berkuah ni. Kalau cuaca panas, sesuai sangatlah buat puding ni. Letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk. Memang nikmat. Orang dewasa dan budak-budak pun suka. Kalau dijadikan sebagai manisan semasa majlis kenduri pun sesuai. Jom lihat resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati.
RESIPI PUDING LAICI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk agar-agar dan 1/2 cawan air laici tin. Bila mendidih, masukkan susu cair. Bila mendidih sekali lagi, padamkan api.
3. Masukkan larutan puding ke dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik. (empunya resipi guna bekas plastik sQ250)
4. Tuang puding ke dalam bekas. Bila dah mula mengeras, taburkan buah laici yang telah dicarik-carik atas puding tadi.
5. Bila puding dah betul-betul mengeras, bolehlah tuang lebihan air laici tin tadi di atas permukaan puding.
6. Simpan puding di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
RASA kongsikan seleksi jenama SANDWIC MAKER terbaik yang boleh anda miliki. Pilih je DISINI.
Nak lebih banyak resipi guna Sandwic Maker, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
ANDA JUGA MESTI SUKA: