Suka makan Puding Pisang Sos Kastard? Resipi yang dikongsi oleh saudari Ummu Maryam ni nampak sangat sedap. Menurut beliau resipi ini dicuba dari perkongsian saudari Linda Zaid. Bagi penggemar manisan, memang berbaloi anda cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Pasti puas hati bila buat sendiri begini. Kalau nak sediakan untuk jamuan makan pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1.Satukan semua bahan sos kastard dan masak sehingga pekat. Padam api.
2. Bila sudah suam, masukkan sos kastard ke dalam peti sejuk.
3. Untuk menikmatinya, letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuang sos kastard dan taburkan sedikit kismis. Bahan hiasan terpulang pada selera masing-masing.
Resipi dua jenis tat mudah dan sedap. Anak-anak tentu suka. Biasanya anak-anak sukakan manisan yang sedap dan manis. Kalau ada masa, bolehlah cuba dua jenis tat yang super yummy ini, iaitu Bluecheese Tart dan Tat Keju Telur Portugis.
Selain untuk hidangan sefamili, boleh juga dijadikan buah tangan kalau berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan.
Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati hingga menjadi doh.
Sekiranya doh terlalu lembut taburkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada saiz lebih kurang 20gm setiap satu, bentukkan kulit tat pada acuan. Ketepikan.
Untuk membuat inti telur; Panaskan air dan gula hingga mendidih. Kemudian alihkan dan biarkan sejuk.
Masukkan telur dan susu segar. Gaul sebati.
Tuang bancuhan inti telur ke dalam kulit tat dan bakar di dalam oven dengan suhu 200 ˚C selama 15 hingga 20 minit hingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat seri kaya lemon; Satukan telur dan kuning telur gaul sebati.
Masukkan gula kastor, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam adunan telur. Gaul sebati hingga adunan seakan berkrim.
Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil dan gaul hingga adunan memekat. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati.
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Tuang atau picitkan seri kaya lemon ke atas tat telur.
Suka makan Roti Sarang lebah bersama Sos Butterscotch? Ini ada resipi mudah perkongsian saudari Emmie Marzianty yang boleh anda cuba. Sangat senang. Nanti bolehlah cuba buat untuk keluarga.
RESIPI ROTI SARANG LEBAH & SOS BUTTERSCOTCH
BAHAN-BAHAN ROTI:
1/2 cawan air suam
1/2 sudu teh yis
1 sudu makan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/4 cawan plain yogurt / yogurt asli
1/4 cawan minyak zaitun / minyak masak
BAHAN HIASAN:
Kepingan badam, biji labu, bijan putih, bijan hitam dan ceri
CARA MEMASAK: 1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau sebatri dan biar hingga berbuih. 2. Satukan tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati. 3. Masukkan campuran yis dan yogurt. Gaul lagi sekali. 4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang elastik. Doh memang lembik sedikit. Rehatkan doh seketika. 5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan doh sebesar buah mata kucing @ bola golf (ikut citarasa masing-masing) dan susun rapat-rapat dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. 6. Tabur bahan hiasan pada roti dan biarkan seketika. 7. Bakar roti pada suhu 180C selama 10 minit pertama menggunakan api bawah sahaja. Bila masuk masa 5 minit terakhir, guna api atas bawah. 8. Apabila roti sarang lebah sudah masak, tuang sos butterscotch ke atas roti dan nikmati segera.
BAHAN-BAHAN SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream atau susu cair
25gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan gula perang. 2. Masukkan whipping cream @ susu cair perlahan-lahan sambil kacau adunan sos sehingga semua sebati. 3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan garam. Kacau rata dan biarkan sos memekat. 4. Padamkan api dan sedia untuk digunakan.
Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dengan Sup Cendawan Berkrim. Buat hidangan Tengah Malam (supper) mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa. Super jiimat dan super sedap.
Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera makan, dua sajian ni memang gerenti tak tolaklah. Sungguh membuka selera. Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Yatie Yusof ini yang biasa memasaknya apabila diminta anak-anak bila demam dan tak berselera makan nasi.
MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT
BAHAN-BAHAN :
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan mentega
1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
Sedikit serbuk perasa | jika suka
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan susu segar dalam periuk. Masak hingga mendidih
Kemudian masukkan kiub ayam.
Kacau 2 hingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dalam 15 minit.
Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dalam periuk.
Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.
GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN :
Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
2 sudu makan mentega
Secubit daun parsli
1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus
CARA MEMASAK :
Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak hingga garing dan keperangan.