Cara Buat Puding Roti Keju Sedap Guna Lebihan Roti Sandwic.

Share

Sedapnya Puding Roti Keju perkongsian saudari Maslina Meor Radhi ni. Siapa sangka lebihan roti yang hampir tamat tempoh pun boleh diolah menjadi pemanis mulut yang sedap. Cara pembuatannya pun sangat mudah. Puding Roti Krim Keju Coklat Cip ni juga sangat lembut dan gebu. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa. Cubalah. Pasti puas hati.

 

RESIPI PUDING ROTI KRIM KEJU COKLAT CIP

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping roti
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula perang
  • 250 gm krim keju
  • 1 biji telur
  • Coklat cip/ potongan coklat
  • Esen Vanila secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.


2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit.
3. Pukul keju sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.


4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.


5. Masukkan adunan keju ka atas roti dalam loyang tadi. Taburkan coklat cip/potongan coklat diatas roti.


6. Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah dan guna kipas. Selepas 20 minit, turunkan ke 150C. Bakar dalam masa 40 minit.

Kredit resipi & foto: Maslina Meor Radhi

Published by
Nur