Puding Roti Marble memang jadi kegemaran ramai. Jika ada lebihan roti yang dah hampir keras dan nak tamat tempoh, anda boleh hasilkan sajian manisan ni. Dari dibiarkan begitu sahaja, pastinya membazir kan? Tak susah pun. Malah resipi perkongsian saudari Norlida Salleh ni menggunakan agar-agar bertali je. Senang sangat. Jom cuba.
RESIPI PUDING ROTI MARBLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar tali
3 cawan air
BAHAN KISAR:
4 keping roti | dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin
Beberapa pewarna pilihan
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
Pisang rebus ini mungkin kali terakhir kita makan waktu kecil-kecil dulu. Dihidang dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula selalunya dimakan waktu pagi atau petang. Simple tapi sedap sangat.
Cuma sekarang menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada makanan begini.
Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan apa kata sesekali cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.
Cara membuat
1. Cuci bersih pisang.
2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.
3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.
4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.
Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.
Wow…tengok je dah nampak sedap aiskrim buah homemade ni. Penuh dengan buah-buahan segar! Jika anak-anak suka makan aiskrim, anda boleh cuba resipi perkongsian Puan Haslina Hamid ni. Tanpa pewarna tambahan dan boleh kawal jumlah gula. Bestnya…Makan satu pasti tak cukup. Kalau beli, pastinya paling murah pun sebatang tu dalam RM2. Buat sendiri lebih jimat. Jom cuba!
AISKRIM MIX FRUIT JELLY
BAHAN-BAHAN:
1 kotak serbuk jelly – masak ikut arahan dan sukatan air pada kotak
1 senduk gula – jika perlu atau nak lebih manis.
Kiwi – potong kecil
Strawberi – potong kecil
Tembikai – potong kecil
Mangga – potong kecil
Buah naga – potong kecil
Anggur – potong kecil
CARA MEMASAK:
1. Masukkan serbuk jelly @ agar-agar ke dalam periuk dan masukkan sukatan air mengikut arahan pada kotak. Kacau hingga adunan tidak berketul.
2. Bila adunan mendidih, rasa. Jika kurang manis, tambahkan gula ikut citarasa. Masak hingga larut kemudian sejukkan adunan agar-agar.
3. Masukkan potongan buah-buahan ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya.
4. Tuang bancuhan agar-agar tadi dan ikat plastik aiskrim.
5. Bekukan di dalam peti sejukbeku dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
INFO CHEF: Jika buat untuk makan sendiri, sekotak jelly sudah memadai. Untuk buah-buahan pula, boleh guna aneka buah yang menjadi kegemaran.
Jarang sekali nak dengar nama kuih-kuih tradisional menjadi kesukaaan. Ada ke lagi peminat kuih tradisional Melayu kita?
Antara kuih Abok-Abok, Koleh Lemak dan juga Apam Dewa. Andai tiada lagi pencinta dan pembuat kuih lama tradisional ini, dibimbangi lama-kelamaan akan pupus.
Jom kita buat kuih tradisional untuk hidangan minum petang ini.
KUIH ABOK-ABOK
BAHAN-BAHAN:
1 cawan biji sagu – beli online di sini Kelapa parut (ambil yang bahagian putih sahaja) ½ gula merah – beli online di sini 5 sudu makan gula putih – beli online di sini Sedikit garam 3 cawan air biasa Daun pisang secukupnya *Kuantiti bahan ikut berapa banyak nak buat
CARA-CARA:
1.Satukan sagu dan kelapa letak sedikit garam. Gaulkan bersama sehingga sebati.
2.Dalam mangkuk berlainan, campurkan gula merah dan gula putih. 3. Sementara itu, daung pisang dibentukkan seperti bentuk kon atau corong.
4. Kemudian, masukkan mengikut 3 lapisan iaitu sagu-gula-sagu. Bungkus dengan kemas. Kemudian kukus sehingga masak (lebih kurang dalam 30 minit) dengan menggunakan api yang sederhana.
5 biji telur ayam 1 cawan gula 1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu perasa ros/vanilla/pandan 1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online di sini 1 sudu kecil ovallete (yang ini optional, sama ada nak gunakan atau tidak)
CARA-CARA:
1.Pukul telur sampai putih. Kemudian, masukkan gula. Pukul lagi sampai betul-betul kembang. 2. Masukkan tepung gandum, perasa, soda bikarbonat dan ovallete. Pukul sampai sebati. Kemudian, masukkan pewarna (tak kisah warna apa). 3. Akhir sekali, masukkan dalam loyang dan kukus selama 40 minit. Jangan terlebih kukus kerana boleh membuatkan bahagian bawah keras dan juga mendap.
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian, campurkan dengan isi ikan, santan, gula, garam dan halba. Kacau sehingga sebati.
BAHAN KOLEH:
4 cawan tepung beras – beli online di sini ½ kg santan (termasuk air 11 cawan) Garam secukup rasa 3 sudu susu manis (optional)
CARA-CARA:
1.Campurkan semua bahan. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan di dalam periuk. 2.Masak di atas dapur dengan menggunakan api sederhana. Kacau sampai pekat. Kemudian baru masukkan dalam bekas. Tunggu sehingga keras sedikit baru dipotong.