Ramai sukakan puding kerana pencuci mulut ini bukan hanya mudah disediakan tetapi ia boleh dipelbagaikan rasa, bentuk dan tekstur. Disebabkan kepelbagaian rasalah, kali ini RASA tampilkan satu resipi puding sedap dan mudah disediakan di rumah hidangan berbuka puasa atau juadah pemanis mulut di Aidil Fitri nanti.
PUDING ROTI ZEBRA
BAHAN-BAHAN:
6 kepung roti tawar
1 paket agar-agar serbuk plain
Coklat putih secukupnya
Coklat biasa secukupnya
3-5 sudu makan gula pasir
1 biji telur
1 sudu makan serbuk koko
240ml susu pekat manis
1200ml air
1 sudu makan mentega
CARA MEMBUAT:
1. Carik-carik roti dan masukkan dalam blender bersama susu , air dan telur.
2. Kisar hingga halus dan masukkan dalam periuk.
3. Tambahkan gula dan serbuk agar-agar dan renehkan.
3. Setelah mereneh, masukkan mentega.
4. Tutup api, bahagikan kepada dua bahagian, satu masukkan coklat biasa dan satu coklat putih.
5. Kacau rata hingga coklat cair sepenuhnya, yang coklat tambah serbuk koko.
6. Tuangkan dalam loyang dengan menggunakan ukuran senduk. Sendukkan adunan secara berselang seli warna. Lakukan hingga habis.
8. Biarkan sejuk, kemudian masukkan dalam peti ais.
9. Setelah sejuk sedia dihidangkan.
By @dilla0392
.