Dah lama tak makan putu bambu. Kalau makan pun bila ke pasar malam dapatlah merasanya. Kalau dah teringin kenalah buat sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini. Petuanya jangan tekan hingga padat supaya hasilnya elok nanti. Dapat tiga biji confirm kenyang.
Putu Bambu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan air
Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Garam dah sebati, air dah panas, bau pandan dah naik, padam api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang di masak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung sampai jadi macam serbuk roti.
4.Ayak tepung guna penapis yang lubangnya agak besar. Penapis kecil susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.
6.Kukus 15 minit.
7.Tudung periuk tu letak kain.nanti air masuk.
* jangan tekan tepung tu bagi padat.
Kredit: Azila Abdullah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official