
Cara buat putu kacang hijau ini tak ramai yang tahu sekarang. Sebab itu kuih tradisional ini semakin jarang kita jumpa waktu raya. Hanya orang-orang tua saja tahu resipi kuih legend ini.
Disebabkan tak tahu cara buatnya, ada yang ingat kuih ini dibakar. Putu kacang hijau ini antara kuih yang tak perlu guna oven, jemur saja bawah matahari. Bahan pun tak tak banyak cuma dua saja, kacang hijau dan gula.
Supaya kuih ini tak dilupakan, berikut dikongsi cara membuatnya. Resipi Chek Kuna Ahmad ini adalah daripada ibunya yang mengambil tempahan setiap kali raya.
Cara buat putu kacang hijau
Bahan-bahan
1 kg kacang hijau yang telah dibuang kulit (boleh beli yang siap dibuang kulit)
1 kg gula halus (ayak)
Cara membuat:
1. Kacang hijau tanpa kulit digoreng tanpa minyak.
2. Biarkan kacang sejuk.
3. Cuci bersih dan toskan sehingga kering
4. Kisar kacang hijau hingga halus. Kemudian ayak.
5. Tambahkan gula halus yang telah diayak dan kacang hijau kisar tadi
Gaul sebati.
6. Biar semalaman supaya adunan jadi sebati dan lembap.
7. Esoknya boleh tekan dalam acuan dan keluarkan.
8. Susun dalam talam & jemur hingga kering.
INFO
-Tujuan kacang dibasuh selepas digoreng untuk jadikan kacang lembab dan senang diterap dalam acuan. Tak berderai bila diketul keluar dari acuan.
-Pastikan kuih putu dijemur kering supaya tidak hapak.
-Makan kuih putu ini kena tutup mulut, supaya cair dalam mulut dan tak tersembur.
Kredit resipi & foto: Chek Kuna Ahmad
Baca Lagi: Cara Masak Putu Halba Homemade Guna Acuan Lompang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI