Cara Buat Putu Kacang Hijau @ Koya. Kuih ‘Legend’ Ni Guna Dua Bahan Aje .

Share

Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.

Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.

Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.

Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.

KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA

BAHAN-BAHAN :.

  • 1 kg kacang hijau
  • 1/2 kg gula mesin halus

CARA MEMASAK :

1. Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

2. Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.

3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit

4. Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.

5.Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.

6.Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati

7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.

8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.

9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.

10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.

Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur

Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com

.

Published by
Faridah Talib