Isi Kandungan
ToggleMusim rambutan sekarang, selalu buah ini kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan. Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh buat rambutan asam boi pula. Peminat asam kena cuba. Caranya dikongsi oleh Ani Zam.
Resipi rambutan asam boi
Bahan-bahan
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
Cara membuat
- Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.
5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam
6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber :Ani Zam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Quiche Rendang Ayam Yang Lazat & Menyelerakan
Isi Kandungan
ToggleSelain dimakan begitu saja, Rendang Ayam sebenarnya boleh diolah menjadi satu resipi mudah iaitu Quiche Rendang Ayam. Confirm laku hidangan ni. Mana tidaknya, rasa rendang yang enak dan wangi ditambah dengan taburan keju buat anda tak jemu menikmatinya.
Lebih-lebih lagi apabila menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Keju gabungan mozzarella, cheddar dan parmesan ini memberi hasil kerak perang keemasan yang cukup sempurna dan lazat. Memang kena cuba resipi ni tau!
QUICHE RENDANG AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN A:
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 225gram Anchor Butter Unsalted – sejuk
- 7 sudu makan air sejuk + ais
- ½ sudu teh garam
BAHAN-BAHAN B:
- 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
- BAHAN-BAHAN RENDANG:
- 800gram ayam – potong kecil
- 1 cawan santan
- 10 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
- 8 biji bawang merah – kisar
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 2 biji buah keras – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1 inci lengkuas – kisar
- 2 batang serai – kisar
- 2 sudu makan kerisik
- 3 helai daun limau purut – siat-siat
- Garam dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pastry; satukan semua bahan A di dalam food processor lalu uli sebati (jangan terlebih uli). Uli sekejap hingga jadi doh yang tak melekat di tangan. Tutup guna cling wrap dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Sementara itu untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan santan. Masak hingga agak empuk. Masukkan kerisek, daun limau purut, garam dan gula perang secukupnya. Masak lagi hingga semua bahan masak sempurna. Sejukkan.
- Sediakan muffin tray lalu disapu dengan Anchor Butter Unsalted
- Keluarkan doh dari peti sejuk, canaikan dengan ketebalan yang diingini. Potong pastry yang telah dicanai mengikut size muffin tray. Letakkan doh yang telah dicanai tadi ke dalam muffin tray lalu kemaskan kelilingnya.
- Masukkan rendang ayam secukupnya ke dalam muffin tray lalu ambil sekeping pastry dan tutup atas setiap quiche.
- Sapu permukaan quiche dengan kuning telur. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40-50 minit atau hingga quiche masak keperang-perangan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Lapis Marrie Masam Manis Sukat Guna Cawan, Gerenti Jadi.
Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
- Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
- Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
- Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
- Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
- Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
- Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
- Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
- Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
- Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.
- Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
Kredit : Cik Za cikido
Chicky Wrap dan Healthy Sandwich, Sesuai Buat Yang Diet
Isi Kandungan
Toggle
Sekarang ni ramai yang cuba berdiet kan? Tak nak makan yang berlemak dan berminyak. Semua makanan kena menyihatkan.
Sekarang ni banyak je menu sihat tapi sedap. Jadi korang janganlah anggap nak diet kena makan makanan yang taste less tau. Jom buat makanan yang sihat ni.
CHICKY WRAP
Bahan-Bahan:
1 keping isi ayam bahagian dada
Minyak masak untuk menggoreng
5 keping tortila atau capati
1 tangkai salad
Sedikit mayones
Sedikit lada sulah
Cara Membuat:
1) Basuh dada ayam dan potong dalam bentuk kepingan.
2) Panaskan api dan goreng dengan api sederhana hingga kelihatan kuning keemasan.
3) Potong memanjang kepingan ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas kepingan tortilla atau capati.
4) Letakkan salad. Tuangkan sos mayones dan sedikit lada sulah.
5) Gulung dan cucuk dengan lidi untuk mengemaskan gulungan Chicky Wrap tadi.
HEALTHY SANDWIC
Bahan-bahan
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
Cara membuat:
1) Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2) Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3) Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
Selamat mencuba!