Pernah makan Rambutan Jeruk @ Jeruk Rambutan? Anak-anak generasi muda pasti mendengar namanya juga tidak pernah tetapi bagi yang sudah berusia dan berasl dari kampung, menu ini pastinya tidak asing lagi.
Atok nenek kita zaman dahulu memang sangat kreatif dalam mengolah dan menyimpan makanan. Rambutan ni kan salah satu dari buah-buahan bermusim dan tidak boleh disimpan lama. Jadi dengan cara menjeruk ini, buah rambutan yang banyak dari kebun boleh disimpan lama tanpa busuk. Maklumlah, peti sejuk pun tak ada. Jadi dengan cara ini buah rambutan boleh dinikmati sepanjang tahun tanpa perlu membazir.
Apa rasa Jeruk Rambutan ni? Bak kata empunya resipi saudari Faizah Husain, ianya mempunyai masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan. Memang sangat enak!
Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan dan biasanya menggunakan rambutan masam @ rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan jenis itu jadi buat sahaja guna rambutan apa yang ada. Rasa dia tetap sedap. Jom cuba!
RESIPI RAMBUTAN JERUK ORANG DULU-DULU
BAHAN-BAHAN:
Rambutan
Garam kasar – beli online disini
Air masak
CARA MEMASAK:
1.Basuh rambutan bersih-bersih dan toskan airnya. Jangan kopek kulit.
2.Masukkan dalam balang selapis semi selapis. Setiap lapis kena tabur garam kasar. Garam kena lebih sebab kulit rambutan ni tebal.
3.Masukkan air masak hingga menutupi rambutan. Tutup bekas dan peram.
4.Selepas 2 minggu bila kulit rambutan bertukar kehitaman, dah boleh makan.
Kredit resipi & foto: Faizah Husain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8nlzxq
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI