Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap. Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Ini Bahan-Bahan Campurannya:
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
Cara Bancuh Adunan:
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
Ads
Jenis Isian:
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
Campuran Tepung Digunakan:
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubi atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Jumlah Isian:
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
Ads
Cara Memasukkan Isian:
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
Cara Tuang Adunan:
Ads
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
Cara Menggoreng:
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng. Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat antara menu yang sentiasa disukai ramai. Cara masakannya ringkas sahaja tetapi menu ini punya aura yang tersendiri. Bila masak, memang akan habis selain menjadi menu kegemaran seisi keluarga. Bahan-bahan pun tidak banyak. Ada berbagai versi Ayam Masak Kicap Pedas Pekat, kali ini kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS PEKAT
BAHAN-BAHAN
Ayam (dicuci bersih) 8 sudu besar cili kisar 1 biji kentang (dibelah panjang) 1 batang serai (diketuk) 1 sudu kecil rempah sup 1 biji tomato (dibelah) 1 biji bawang merah (potong bulat) – BELI ONLINE 1 biji cili merah (potong serong) –BELI ONLINE 1 biji cili hijau (potong serong) 1 sudu kecil pes asam jawa + 1 cawan air (air asam jawa) ½ cawan kicap manis Gula –BELI ONLINE 1 kiub ayam (jika perlu)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan (Angkat dan ketepikan)
2. Kemudian, gorengkan ayam sehinga masak (angkat dan ketepikan).
3. Keluarkan sedikit minyak. Gunakan minyak yang sama untuk menumis. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan masakkan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan rempah sup, kicap, gula dan air asam jawa. Gaulkan dan biarkan masak seketika.
6. Masukkan ayam dan ubi kentang yang telah digoreng tadi, bawang merah, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
Bagi penggemar Donat gula klasik, resipi perkongsian saudari Mizzmoon Moon ini antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar.
Jika anda ada bread maker, gunakan sahaja. Mudah. Namun jika tiada, uli sahaja doh menggunakan tangan. Hasilnya sama gebu dan elok.
Jom cuba resipi ni. Bolehlah buat untuk suami dan anak-anak nanti. Buat untuk jualan pun sesuai.
RESIPI DONAT GULA KLASIK YANG SEDAP, LEMBUT & GEBU
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Guna fungsi no.9 menguli selama 30 minit atau boleh uli guna tangan sahaja.
2. Bila adunan telah sebati dan kenyal, keluarkan dari bread maker dan terus timbang doh seberat 30 gram sebiji. Terus rounding kemas @ bulatkan.
3. Biarkan doh seketika. Selepas 10 minit, tekan doh dan leperkan. Buat lubang di tengahnya.
4. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam.
5. Goreng donat guna api perlahan. Balik-balikkan sekali sahaja setiap permukaan supaya dapat ring donat yang cantik dan donat tidak meresap minyak.
6. Setelah diangkat, sejukkan donat sebentar.
7. Kisar dan haluskan sedikit gula kastor kemudian boeh terus boleh bedakkan donat tadi.
Sotong Sumbat ni kalau beli, memang harganya mahal. Tak puas makan. Menerusi perkongsian saudari Qurra Rahman, beliau kongsikan cara-cara nak masak menu Sotong Sumbat paling padu. Sedap….Berbaloi cuba.
CARA MASAK SOTONG SUMBAT SOS ALA THAI PADU
BAHAN-BAHAN:
9-10 ekor sotong – bersihkan
4 biji telur
2 ulas bawang putih – tumbuk
Bawang Holland secukupnya – potong dadu
Daun ketumbar secukupnya – hiris
Serbuk perasa secukupnya
Lidi
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS ALA THAI:
6-7 biji cili padi – tumbuk
3-4 ulas bawang putih – tumbuk
1-2 sudu makan sos ikan thai @ kicap sotong
2-3 biji jus limau nipis
2-3 sudu gula
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
CARA MEMASAK SOTONG : 1. Campurkan bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar ke dalam bekas berisi telur. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit perencah perasa.
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan telur. Kacau supaya telur hancur.
3. Masukkan telur yang dimasak tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Isi sampai perut sotong penuh. 4. Cantumkan kepala sotong dan cucuk guna lidi dengan kemas.
5. Untuk bakar, letak sotong atas bara api dan biarkan hingga sedikit masak. Kelar sedikit sotong supaya mudah untuk dimakan nanti.
CARA-CARA BUAT SOS : 1. Satukan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, kicap sotong, gula dan limau nipis. Gaul sebati hingga semua bahan larut dan sebati. 2. Sedia untuk dinikmati bersama sotong bakar.