Rendang Maman memang cukup sinonim dengan orang Negeri Sembilan terutama kawasan Gemencheh. Pendek kata cukup satu jenis lauk ini sahaja, sudah tak perlu lauk-lauk yang lain. Jika biasa kita beli sahaja Rendang Maman ini bukan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri Rendang Maman untuk dinikmati seisi keluarga. Jom buat ikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan Rendang MAMAN Moncheh
RESIPI RENDANG MAMAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam atau 1 kg daging
2 kg sayur maman
2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa)
7/8 keping asam keping – BELI ONLINE
2 buku kunyit hidup – BELI ONLINE
Cili api (ikut suka kalau nak pedas) – BELI ONLINE
Garam secukup rasa –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2. Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali.
3. Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi.
4. Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata.
5. Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6. Bila santan pekat, baru masukkan daun maman.
7. Ingat, jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang! Sedap dimakan bersama nasi panas.
Sumber kredit: Rendang MAMAN Moncheh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=H_u9RgL2E0g
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI