Sedap Puding Jagung lembut bergedik ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni memang sentiasa terbaik. Pendek kata, kalau pertama kali cuba pun, jika ikuti cara-cara seperti yang dikongsi, pasti jadi. Berbaloi untuk dicuba dan memang kena dengan cita rasa.
CARA BUAT PUDING JAGUNG SEDAP, LEMBUT & TAK MUAK
CARA MEMASAK:
1.Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut.
2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus.
3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati.
4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan.
5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang.
6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesusian.
7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official