Roti yang biasa kita beli dan makan waktu kecil-kecil dulu. Kini, anda boleh hasilkan sendiri secara homemade. Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri roti benggali pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Cicah dengan gulai daging atau makan dengan kaya, memang sedap. Cubalah. Puan-puan pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI ROTI BENGGALI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1000gm tepung high protein
- 80gm gula
- 50gm susu tepung
- 12gm yis
- 10gm bread improver
- 2 biji kuning telur
- 550gm air
- 18gm marjerin
- 10gm garam
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
- Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
- Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
- Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.