Sedapnya Roti Bom. Bagi yang menggemari hidangan ini, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ijat Tiya ni. Sangat mudah dan tak renyah pun. Tak perlu juga canai dan tebar doh macam buat Roti Canai. Simple kan? Sesuai sangatlah dijadikan sajian keluarga. Nak buat untuk minum petang, makan malam atau sarapan pun boleh. Hidang pula dengan Sambal Sardin atau kari. Wallah! Memang berbaloi sangat untuk dicuba.

 

RESIPI ROTI BOM HOMEMADE

Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap & Lembut

BAHAN-BAHAN (15 BIJI ROTI):

Ads

1/2kg tepung gandum cap sauh (beli online disini)
1 biji kuning telur
250ml air
2 sudu makan susu pekat manis (beli online disini)
2 sudu makan marjerin planta – dicairkan (beli online disini)
1 1/2 sudu teh garam
Marjerin untuk sapu pada doh secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan air, kuning telur, susu pekat dan garam di dalam bekas. Adun sampai sebati.
2. Kemudian masukkan separuh daripada tepung. Gaul.
3. Masukkan marjerin planta yang telah dicairkan. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
4. Seterusnya masukkan lebihan tepung dan uli sehingga doh menjadi kenyal dan licin. Jika doh lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit hingga dapat tesktur doh yang diingini. (empunya resipi uli doh hampir 1 jam. Jika nak mudah, boleh uli guna bread maker – beli bread maker murah DISINI)
5. Bulatkan doh, lumurkan marjerin dan susun dalam bekas.

Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap & Lembut
6. Peram doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dicanaikan.

Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap & Lembut
7. Untuk menikmatinya, panaskan kuali dan goreng hingga garing dan keperangan.

Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap & Lembut
8. Roti Bom siap untuk dinikmati bersama Sambal Sardin, kari atau kuah dhal.

Kredit resipi & foto: Ijat Tiya

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.

Sedap. Ini Resipi Ayam Madu Mudah, Tak Guna Banyak Bahan.

Cara-Cara Buat Cream Cheese Homemade Guna 2 Bahan Je.

Ads

Resipi Kek Apam Karamel Kukus. Lembut, Gebu & Memang Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI