Sedapnya Roti Goreng Sosej Cheese meleleh ni. Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan malam anda. Nak buat untuk minum petangpun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noor Haffiza Mohd Rashid ni. Anak-anak pasti suka.
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwic
Sosej secukupnya
Keju cheddar
2 biji telur – lebihkan jika nak buat banyak
CARA MEMASAK:
Ads
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil.
3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti.
4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.
5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.
6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.
Pernah dengar tak momo? Haa momo ni sebenarnya ialah antara makanan yang sangat popular di Nepal, rasanya macam dim sum, tetapi isinya fresh menggunakan sayur dan daging atau isi ayam. Di Nepal, Momo dimakan bersama kuah tomato atau sup.
Ia antara menu yang sihat kerana cara masakan nya adalah secara kukus dan bebas minyak. Mengikut resepi asli Nepal, terdapat banyak lagi rempah yang mereka gunakan, tetapi resepi kali ni kita cuma gunakan serbuk kari ayam sahaja. Selamat mencuba!
Resepi Momo
Bahan-Bahan
Wantan Dumpling/Dumpling Pastry
Isi Ayam (cincang)
Lobak merah (sagat)
Bawang besar (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cendawan steamboat (cincang)
Daun ketumbar (potong kecil)
Daun bawang (potong kecil)
Sedikit serbuk kari ayam
Garam
Boleh didapati di mana-mana pasaraya besar
Ini rupa wantan pastry atau kulit dumpling tu. Tak kisah mana-mana jenama janji halal ya
Anda penggemar pastri? Resipi ni pastinya anda harus cuba! Pastri yang rangup dan inti yang enak. Memang kombinasi yang mengasyikkan!
PUFF TUNA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
Puff pastry secukupnya
Kuning telur secukupnya | untuk disapu atas puff
BAHAN INTI:
150gm isi tuna (dalam tin) | toskan
2 sudu makan mayones
1 labu bawang besar | potong dadu
2 biji cili merah | buang biji & cincang/hiris
Daun bawang secukupnya | cincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Keluarkan puff pastry (segera) dari peti sejuk dan biarkan ia pada suhu bilik. Ketepikan.
Campurkan kesemua bahan inti dan gaul rata.
Terap puff pastry mengikut cita rasa dan isi sesudu inti ke dalamnya. Tutup puff dan rapikan tepinya. Susunkan ke dalam dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Sapu sedikit kuning telur ke atas puff.
Bakar pada suhu 170C selama 10-12 minit atau hingga puff keperang-perangan.
Sama saja caranya seperti membuat donut. Apa yang membezakan di dalamnya diletakkan inti kegemaran seperti coklat, strawberi dan sebagainya. Gebu kejadian memang geram nak makan.
RESIPI BOMBOLONI Bahan-bahan: 1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku) 2 sudu besar gula 1 sudu besar yis 1 sudu besar baking powder 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila 1 biji telur 2 sudu besar mentega (sejuk)
Cara-cara: 1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit. 2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata. 3. Masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati. 4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. 5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit. 6. Setelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat. 7. Biarkan doh kembang seketika.
8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng. 9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak. 10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika. 11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula kastor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu. Siap untuk dihidang. Sumber : Nurah