Siapa kata buat roti susah, lagi-lagi kalau ada mesin pembuat roti. Yang penting ada resipi dan bahan-bahan boleh buat sendiri dan kalau nak masukkan inti terpulang pada cita rasa anda. Nak pedas atau manis, apa kata korang cuba resipi mudah yang RASA kongsikan ini. Roti Inti Kari Ayam Kentang, hasilnya tidak mengecewakan, rasa sedap dan roti gebu.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga menjadi doh sekata. Untuk memastikan doh cukup uli, ambil sedikit doh dan pastikan ia boleh direngangkan sehingga menghasilkan lapisan nipis.Keluarkan doh dan bahagikan kepada 60gm setiap satu.
Bulat-bulatkan dalam gengaman longgar, kemudia rehatkan lima minit supaya permukaan
doh menjadi licin.
Canaikan doh ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan lapisan bujur.
Masukkan inti menggunakan sudu ke atas doh.
Perlahan-lahan cantumkan bahagian tepi doh dan klimkannya supaya inti tidak terkeluar.
Letakkan doh yang telah siap berinti dalam ring daun pandan yang telah disediakan awal.Tekan doh supaya mengikut bentuk ring pandan. Biarkan doh kembang tiga kali ganda.
Spray dengan air doh yang telah kembang, kemudian taburkan bijan di atas permukaan.
warna perang keemasan.
Keluarkan roti yang telah siap dibakar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.