Cara Buat Roti John Sedap & Mudah Secara Homemade.

Share

Mudah rupanya nak buat Roti John homemade ni. Kalau ke pasar malam, ia ibarat menu wajib beli. Jika anda penggemar hiodangan ni, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati dan jimat banyak. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad

ni nampak mudah. Jom cuba!

 

RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti john/roti oblong (belah tengah)
  • Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
  • Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
  • 2-3 biji telur
  • Planta secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya
  • Sos Thousand Island secukupnya
  • Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.

2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.

3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.

4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.

5. Bila dah masak, angkat.

6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.

7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Published by
Nur