Cara Buat Roti Khurasan Daging Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Share

Jika ke pasar malam, pasti ramai yang suka beli Roti Khurasan inti daging ini. Rotinya sangat ringkas. Ia berupa roti yang diletakkan inti dan kemudiannya dibalut dengan kulit popia seterusnya digoreng.

Makan panas-panas memang sedap roti ni. Intinya cukup mudah disediakan. Asasnya adalah bawang yang ditumis dengan daging. Jika tiada daging kisar, boleh sahaja guna daging burger, Tapi rasanya mungkin sedikit lain dari rasa inti Khurasan yang biasa kita makan. Jika alah dengan daging, gantikan sahaja dengan isi ayam kisar. Sama sedapnya.

Roti ini dibalut dengan kulit popia. Kita akan guna 2 keping kulit popia untuk membalut roti ini.Barulah bila dimakan, rasa lebih rangup dan roti pun tidak terlalu berminyak.

Jom buat untuk makan-makan bersama keluarga. Pasti ramai yang suka resipi perkongsian saudari Nor Azlinda Linda ni. Selamat mencuba!

 

 

RESIPI ROTI KHURASAN INTI DAGING SEDAP ALA PASAR MALAM

BAHAN-BAHAN:

  • Roti frankfurter @ Roti hotdog
  • Kulit popia

 

BAHAN INTI:

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar atau bawang holland hingga layu.

2.Masukkan daging kisar. Kacau hingga daging masak. Jika tiada, boleh guna daging burger atau isi ayam kisar.

3.Bila daging sudah masak, masukkan sos cili dan sos tomato. Jumlahnya bergantung selera. Cuba untuk dapatka rasa yang sesuai dengan selera anda.

4.Perasakan dengan sedikit garam. Gaul sebati dan padamkan api.

5.Ambil roti dan belah tengahnya. Belah tengah atau tepi, tidak kisah. Ikut selera.

6.Masukkan inti dengan secukupnya.

7.Ambil sekeping kulit popia. Balut roti dengan kemas dengan sapu hujungnya dengan air atau bancuhan tepung gandum.

8.Ambil sekeping lagi kulit popia. Balut untuk kali kedua. Jadi sebiji roti akan balut guna 2 keping kulit popia.

9.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng roti tadi. Pastikan goreng dalam minyak yang panas supaya minyak tidak menyerap pada roti.

10.Terbalikkan roti 2-3 kali supaya minyak tidak terlalu serap.

11.Angkat, toskan minyak dan Roti Khurasan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nor Azlinda Linda

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur