Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan banyak lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau makan panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.
RESIPI ROTI KHURASAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam – cincang
4 biji bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
Ads
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia untuk bungkus 1 roti.)
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
Semerbak harum bau bila roti kopi atau dipanggil mexican bun sedang dibakar. Terdapat 3 bahagian iaitu roti lembut, saduran kopi dan inti mentega yang buatkan roti ini begitu enak.
ROTI KOPI BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti
50gm gula halus
10gm garam halus
10gm susu tpg
10gm yis kering
1biji telur A
250gm Air sejuk
40gm shortening
CARA MEMBUAT:
Campur semua bahan kering kedalam mixer. Putar pada kelajuan perlahan mggunakan Dough Arm.
Masukkan telur, kemudian air perlahan lahan sehingga jadi doh selama 10 minit.
Akhir masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.
Uji kekenyalan doh. Ambil sedikit doh tadi dan tarik sedikit demi sedikit sehingga dapat 1 lapisan tidak koyak (seperti orang tebar roti canai dapat doh yang nipis itu) guna jari jemari untuk tarik.
Bahagikan doh 50/60gm setiap 1 .
Bulatkan cantik-cantik doh dan pastikan permukaan doh yang licin sahaja. (Kalau mahu bole letak mentega yang dipotong dadu dalam doh)
INFO: Susun atas dulang yang disapu shortening dan rehatkan sehingga kembang gebas.
BAHAN SADURAN:
100gm mentega
100gm gula halus
100gm tepung gandum
2 biji telur gred A
1 sudu besar Coffee emulco/nescafe o kopi
CARA MENYEDIAKANNYA:
Putar mentega dan gula sampai kembang.
Masukkan telur dan putar lagi.
Masukkan tepung dan coffee emulco dan putar sehingga sebati
Setelah siap, guna piping bag (tidak perlu gunakan nozel) potong bahagian hujung sikit sahaja.
Bila doh tadi sudah siap kembang bole paiping saduran atas doh macam dalam gambar
Bakar 180’c selama 25-30mnt ikut oven masing2.
INFO: Saduran jangan letak berlebihan nanti banjir tray pembakar. Cukup sekadar saduran itu akan meleleh tutup bahagian roti.
Kadang kita beli roti satu bungkus jumbo. Tapi tak larat nak dihabiskan. Jadi, bolehlah olah jadikan puding roti yang cantik dan sedap ni. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh cuba untuk jamu seisi keluarga.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan susu dan cair dan roti sandwic dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan gula dan serbuk agar-agar. Biarkan mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati. Tutup api.
4. Tapiskan adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian untuk 4 warna berbeza.
5. Letakkan pewarna pada setiap bahagian.
6. Basahkan acuan dengan sedikit air dan tuangkan adunan tadi berselang seli.
7. Selepas siap, masukkan dalam peti sejuk.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bagi yang tiada penimbang, boleh try buat puding roti coklat ni. Hanya guna sukatan cawan je. Senang je uols. Cubalah buat. Sedap sangat puding roti coklat ni.
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN-BAHAN
15 keping roti sandwic
2 sudu besar mentega
4 biji telur ayam
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar
1 cawan susu coklat
Hiasan pilihan
CARA MEMBUAT
1. Potong roti kepada beberapa bahagian kecil.
2. Kemudian masukkan roti ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak atau mentega. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan mentega, telur ayam, esen vanila dan gula. Kacau sebati.
4. Tambahkan serbuk koko, serbuk nescafe dan tepung jagung. Adun rata.
5. Masukkan pula susu segar dan juga susu coklat. Kacau sebati.
6. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi.
7. Tekan-tekankan sedikit roti tersebut agar padat dan sebati. Taburkan hiasan pilihan.
8. Rehatkan adunan selama 30 minit sebelum bakar.
9. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180°C selama 1 jam. Setelah masak, biarkan adunan sejuk sebelum dipotong.