Selain nasi boleh juga jadikan roti sebagai menu makan malam. Roti puri antaranya sangat mudah buat dan boleh dimakan dengan sardin dan gulai kari.
ROTI PURI BELON
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar yis-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas
Cara memasak:
1.Tepung gandum, yis, garam, gula ,minyak masak digaul ke semua bahan ini.
2.Masukkan air panas, gaul rata. Uli sampai adunan tidak lekat di tangan. Kemudian bulatkan seperti bola ping pong. Perap selama 1/2 jam.
3. Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek.
4. Panaskan minyak, pastikan ia betul-betul panas baru roti kembong.
5. Goreng hingga agak kekuningan.
Boleh makan bersama sambal sardin dan gulai ayam.
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official