Cara Buat Roti Sandwic Homemade Yang Sedap & Lembut

Share

Roti sandwic ni memang antara yang selalu kita beli. Macam-macam boleh dihasilkan menggunakan roti ni. Kalau dapat makan roti yang baru lepas dibakar, memang nikmat tak terkata. Nak cuba hasilkan sendiri roti sandwic homemade ni? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipinya. Resipi ini beliau uli dan bakar sepenuhnya menggunakan ‘bread maker’. Memang sangat mudah.

Jom cuba.

RESIPI ROTI SANDWIC HOMEMADE ( WHITE LOAF).

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung roti
  • 250ml susu segar
  • 2 sudu makan gula pasir (empunya resipi guna brown sugar)
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Tekan butang fungsi ‘Basic’ (atau apa sahaja yang ada di bread maker anda) untuk membuat loaf.
2. Pilih setting ‘Light’ untuk crust dan 1.5lb untuk saiz roti.


3. Biarkan ‘bread maker’ menjalankan proses menguli dan bakar dalam tempoh masa 2 jam 53 minit.
4. Bila roti telah masak, keluarkan dari acuan dan sejukkan. Kemudian bolehlah dinikmati mengikut cita rasa.

Tip:
1. Pada minit awal doh diuli, anda kena sentiasa lihat keadaannya. Kalau doh kelihatan terlalu lembik, tambahkan sedikit lagi tepung roti.

2. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit lagi susu segar.
3. Doh cantik jika ia bulat elok dan tidak melekat.
4. Untuk memotong roti yang dah masak pula, gunakan pisau roti.
5. Roti kena betul-betul sejuk baru cantik potongannya.
Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Zuraita Mohd Anua

 

BOLEH TRY MENU NI:

Published by
Nur