Cara Buat Sambal Belacan Kisar Tanpa Bawang & Tomato

Share

Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.

SAMBAL BELACAN KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
  • Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
  • Belacan – banyak lebih sedap
  • Air asam jawa pekat – perah guna air suam
  • 7-8 biji limau kasturi – ambil jus
  • 2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
  • Gula dan garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.

2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.

3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.

4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid

Published by
Nur