Resipi sambal belacan kisar ini memang menjadi dan sedap tak terkata. Boleh buat stok selama 2 minggu. Boleh makan berpinggan-pinggan nasi dibuatnya. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ini adalah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba buat di rumah? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
5-6 batang cili merah | boleh buang biji jika suka
Cili padi secukupnya | boleh buang biji jika suka
Belacan | banyak lebih sedap
Air asam jawa pekat | perah guna air suam
7-8 biji limau kasturi | ambil jus
2 biji limau kasturi | belah 4, buang biji
Gula dan garam kasar secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.
Ads
3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.
Kadang kala, tekak teringin hendak menjamah lemang. Jualan lemang pun bermusim. Memang ada sesetengah lokasi menjual lemang dan rendang setiap hari. Namun harganya boleh tahan mahal.
Apa kata kita cuba buat lemang kukus? Cara membuatnya pun tidaklah sesukar mana. Cuma perlu dapatkan daun pisang sahaja. Bertambah enak rasanya apabila lemang dikukus dalam daun pisang, kan?
Jom kita lihat resipinya. Video pun ada di link bawah.
LEMANG KUKUS
BAHAN-BAHAN
Daun pisang secukupnya
800 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
3 helai daun pandan (diikat)
1 kg beras pulut
CARA MEMBUAT
1. Layurkan daun pisang di atas api seketika. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan santan, garam, gula, minyak masak dan daun pandan. Kacau.
3. Masukkan beras pulut. Gaul rata. Masak sehingga kering dengan api sederhana.
4. Ambil daun pisang. Isikan beras pulut ke atasnya. Gulung dan ikat hujungnya. Kemaskan.
5. Dalam periuk pengukus, susun bungkusan daun pisang tadi dengan kemas.
6. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Tutup api.
7. Keluarkan dari periuk pengukus. Potong-potong apabila sudah sejuk.
Tunggu sejuk baru potong ya. Kalau potong ketika panas, lemang masih lembik.
Penggemar Kek Batik harus cuba resipi Kek Batik lembut dan kenyal perkongsian saudari Mawar Wilsa ini. Kata beliau resipi yang dicuba dari saudari Faridzoh mempunyai tekstur yang sangat enak dan lain dari yang lain. Sedap! Anak-anak pun suka sebab tidak keras. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan buttercup, susu, vico @ milo dan serbuk koko yang telah dilarutkan ke dalam kuali. Kacau hingga semua bahan sebati. 2. Masukkan telur dan kacau laju-laju untuk mengelakkan adunan berketul. 3. Masukkan esen vanilla. Kacau hingga adunan hampir pekat. 4. Masukkan biskut marie dan gaulkan adunan dengan api perlahan sehingga semua biskut marie disaluti adunan coklat (kacau perlahan agar biskut tidak pecah). 5. Bila semuanya sudah bersalut coklat, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. (empunya resipi guna loyang persegi 9″) 6. Tekan dan padatkan adunan. Biarkan sejuk barulah letakkan ke dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong menggunakan pisau yang tajam.
Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina , tentulah macam-macam sajian Cina memikat selera. Resipinya mudah dan ringkas, dan yang min perhatikan mereka amat menjaga kesegaran bahan ramuan dan tidak terlebih masak.
Kalau lauk sayuran masih hijau lagi warnanya dan kalau ikan atau makanan laut rupa dan rasa amat berjus sekali. Jom kita cuba 5 sajian ini seperti yang dikongsikan dari restoran Cina Muslim ,Restoran Haslinda Sim.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakapBahan untuk di kisar:
100 gm bawang putih
100 gm bawang besar
50 gm serai
100 gm lada merah
150 gm cili boh
5 keping asam keping
50 gm asam Jawa
50 gm air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan dibawah ikut citarasa(dipotong kasar dan digoreng):
Kacang panjang
Kacang bendi
Tomato
Bawang Besar
Lada Merah
CARA MEMASAK:
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning 2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa 3.Campur sedikit air jika rasa agak kering. 4. Masukkan Ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi. 5. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
100 gm bawang putih
100 gm lada merah
50 gm cili kering
50 gm serai
50 gm belacan
50 gm udang kering * Bahan di atas dikisar satu persatu
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Cara Memasak:
1. Udang Galah yang sudah dicuci bersih dan dibuang usus di belakang, digoreng separuh masak 2. Pijarkan minyak masak. Bahan-bahan yang di kisar satu persatu ditumis hingga kuning 3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang digoreng 4. Masak hingga sebati dan naik minyak. 5. Siap untuk dihidangkan.
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHAN :
300gm daging ayam | digoreng separuh masak
15gm lada hitam
50 gm majerin
100gm sos cili
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu cair
CARA MEMASAK : 1. Panaskan majerin di dalam kuali. 2. Masukkan Lada hitam, sos cili, gula hingga wangi 3 .Masukkan ayam gaul hingga sebati 4. Masukkan susu cair, masak hingga agak sedikit kering 5. Siap untuk dihidangkan
4. PUMPKIN BEANCURD
BAHAN-BAHAN:
2 batang tauhu jepun
¼ labu kuning
½ paket cendawan putih Shimeji
200gm brokoli
1 ulas bawang putih
Minyak untuk mengoreng
Sedikit stok ayam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Tauhu sebatang dipotong empat. 2. Panaskan minyak goreng sehingga kuning Cara memasak sos : 3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak 4. Setelah labu masak, korek isinyanya menggunakan sudu dan buang kulitnya Isi labu dikisar halus. 5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning 6. Masukkan labu yang dikisar tadi kacau mengikut suka pekat atau cair. 7. Sambil dikacau masukkan garam dan stok ayam cukup rasa. Cara menyediakan brokoli : 8. Rebus brocoli dengan sedikit minyak. 9. Setelah direbus, susun ditepi pinggan 10. Letakkan tahu ditengah pinggan kemudian 11. Siramkan dengan sos labu tadi. 12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sayur kailan
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
1 sudu makan sos tiram
CARA MEMASAKNYA:
1. Daun sayur kailan dihiris halus 2. Kemudian digoreng dalam minyak penuh dan ditoskan agar nampak garing. 3. Tumiskan bawang putih dan kemudian gorengkan batang kailan. Masukkan garam usah terlalu banyak diikuti sos tiram *sos tiram juga memberi rasa masin 4. Kemudian taburkan daun sayur kalian yang digoreng garing tadi, ke atas batang sayur kailan. 5. Siap untuk dihidangkan
Resipi : Bohari Rahmat, Restoran Haslinda Sim,Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, Bandar Baru Bangi, Selangor
Jangan buang kulit tembikai! Cuba resipi sayur tumis kulit tembikai yang sedap, unik dan berkhasiat ini. Lauk kampung ringkas tapi padu, wajib cuba kalau belum pernah rasa.