Cara Buat Sambal Goreng Peria Ikan Bilis, Sedap & Berkhasiat.

Share

Bayangkan rangupnya peria dengan ikan bilis goreng, kemudian dijadikan sambal garing cili padi. Kena pulak dengan nasi panas memang terlajak makanlah jawabnya. Peria ni banyak khasiatnya, jadi tak salah kalau korang masukkan peria dalam menu harian. Walaupun ada sedikit pahit, tapi pahit-pahit sedap apa salahnya… Cubalah ye.



SAMBAL PERIA IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji peria katak | hiris nipis
  • 250gm ikan bilis | belah dua
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmi

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK
1. Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah bahan tumisan garing tutup api.
8. Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
9. Sambal goreng peria sedia dihidangkan.

Published by
webadmin