Hari ini nak masak apa? Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam, masin, manis dan pedas, bolehlah cuba masak Siakap Kengsom. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI SIAKAP KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap ½ biji nanas 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili merah –BELI ONLINE 2 inci kunyit 1 inci belacan –BELI ONLINE 2 inci lengkuas 1 batang serai 3 tangkai cili api/padi –BELI ONLINE 1 biji limau nipis. ½ cekak kangkung 3 sudu sos ikan
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
2. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Reneh selama 10 minit. Sambil reneh, sediakan bahan lain.
3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ini memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
4. Masukkan nanas yang sudah dihiris setebal 1 inci. Masakan ini sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ini memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
6. Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi sudah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
7. Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Limau nipis ada rasa sitrus yang buat hidangan ini rasa lebih segar.
8. Masukkan kangkung. Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Siap untuk dihidangkan.
Antara lauk kampung yang menambat selera ketika menjamahnya. Menu paling mudah dan sedap bila mak-mak yang buatkan. Kamu boleh cuba saat teringatkan masakan kampung nanti. Selamat mencuba!
RESIPI MASAK LEMAK SEPAT MASIN DAN NENAS
BAHAN-BAHAN:
Bahan tumbuk
1 biji Bawang Besar
3 biji Bawang Putih
6 biji Cili Padi
1 inchi Kunyit Hidup
Bahan utama
1/2 biji Nanas
3 ekor Ikan Sepat Masin
150 gram Santan Pekat
300 ml air kosong
2 keping Asam Gelugur
1 batang Serai
Ajinomoto secukup rasa
CARA MEMASAK:
1) Masukan air kosong dalam periuk dan masukan bahan ditumbuk masak sehingga mendidih
2) Masukkan asam gelugur dan buah nanas masak sekejap
3) Masukkan ikan sepat masin yang dibasuh dan dipotong
4) Masukkan serai dan baru masukkan santan masak sekejap jangan kacau selalu nanti ikan akan hancur
5) Akhir masukan ajinomoto untuk rasa lebih lemak dan sedap.
*Tidak perlu garam kerana masin dari ikan sepat kalau nak letak boleh juga.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!