Kalau buat pisang atau tempe goreng hidang pulak dengan sambal kicap Johor ni memang layan. Bukan orang Johor pun ramai yang suka makan begini.
Sambal kicap ini jugak mudah saja membuatnya. Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Qaseh sambal ini bukan saja sedap tapi boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal kicap Johor yang sedap ‘kebabom’ & tahan lama
Bahan-bahan
1 genggam cili burung (lebihkan kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 genggam bawang goreng
1 cawan kicap Kipas Udang atau jenama lain
1 sudu pati ayam
5 sudu gula perang
5 biji perahan limau
Cara membuat:
Ads
1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit saja ya. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian masukkan dalam blender masukkan kicap, cili dan bawang putih yang digoreng. Masukkan juga bawang goreng, chicken stok, gula perang dan perahan limau.
3. Kisar sampai lumat. Dah siap. Sama nak pekat atau cair sambal kicap, ikut cita rasa kita.
Ads
4. Simpan dalam bekas bertutup. Kalau simpan dalam peti sejuk tahan berbulan-bulan. Tapi kalau selalu buat pisang atau tempe goreng mana mau tahan lama.
Bila dapat makan sambal petai dengan nasi panas-panas, orang kiri dan kanan lalu pun sudah tak dipedulikan. Menu ini enak dimakan tidak mengira masa. Buatnya pun mudah, malah orang bujang kalau malas sangat lauk ini bakal membuat korang bertambah makan.
Bahan-bahan:
2 papan petai dibelah dua
6 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 biji tomato kecil
Garam dan gula secukupnya
Minyak goreng secukupnyaCara memasak:
1. Kisar cili merah,cili padi,bawang putih dan tomato. Bila sudah halus, kisar juga bawang merah.
2. Siapkan kuali, letak minyak goreng secukupnya. Bila sudah panas tumis perencah yang dikisar. Perasakan garam dan gula secukupnya.
3. Bila sudah berminyak tumisan sambal masukkan petai. Masak sebentar lalu matikan api.
4. Sedia dihidangkan dan siap untuk dinikmati.Enjoy😉.
Sambal Tahun paling mudah, sedap dan cepat disediakan. Selain sedap dimakan bersama nasi, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Memang padu! Yang mana suka menu pedas, ni salah satu hidangan yang boleh dicuba.
SAMBAL TAHUN
BAHAN-BAHAN:
3 genggam cabai burung / cili burung
3 genggam ikan bilis
5 biji bawang merah
1 labu bawang putih
1 inci halia
2 apket taucu
Belacan – sebesar ibu jari
Air asam jawa
Santan pekat – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ikan bilis pula ditumbuk kasar.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cabai burung dan ikan bilis.
4. Seterusnya masukkan taucu, belacan dan air asam jawa.
5. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam serta gula. Kacau rata.
6. Masak sehingga Sambal Tahun menjadi agak pekat.
Kuah kacang biasanya enak dinikmati bersama nasi impit. Tidak semestinya menunggu raya baru boleh buat kuah kacang. Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, boleh jamu mereka dengan kuah kacang air tangan anda.
Boleh cuba resepi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibu. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang.