Bagi hidangan nasi ayam selain nasi dan ayam, sambalnya cukup memainkan peranan untuk membuatkan menu ini terasa sedap sempurna.
Sambal nasi ayam atau dipanggil sambal cuka ini perlu cukup rasa pedas seimbang dengan manis, masin dan masamnya. Nak hasilkan sambal sebegini haruslah ada caranya. Dikongsi oleh Rohim Ismail, ini resipi sambal nasi ayam yang sedap untuk dicuba.
10 biji cili besar
1- 2 labu bawang putih
4 inci halia muda
Cuka
Garam
Gula
1. Satukan cili, bawang putih dan halia mudah yang sudah dikikis kulit dalam mesin pengisar.
2. Masukkan cuka sehingga separuh dari bahan-bahan di atas. Kemudian kisar.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kisar lagi hingga hancur atau ikut citarasa. Boleh hancur lumat atau separuh lumat.
5. Kemudian boleh simpan dalam bekas di dalam peti sejuk. Sambal ini tak dicampur dengan air supaya tahan lama. Rasanya seperti sambal nasi ayam The Chicken Rice Shop.
Kredit resipi : Rohim Ismail
Foto nasi ayam: Mizzmoon Moon